Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Angka muat-turun Firefox 4.0 terus meningkat dari jam ke jam, terus meninggalkan jauh Internet Explorer 9. IE9 sebelum ini telah mencatatkan lebih 2.3 juta muat-turun dalam tempoh 24 jam, namun Firefox 4.0 telah berjaya menewaskannya dengan mudah, apabila mencapai angka 2.3 juta dalam hanya beberapa jam sahaja.

Buat masa sekarang ini, angka muat-turun Firefox 4.0 telah pun melangkaui 8 juta, sekaligus memperlihatkan betapa ramainya yang sedang memuat-turun pelayar web yang dinantikan itu secara aktif. Ketika artikel ini ditulis, ianya memperlihatkan angka muat-turun setiap minit adalah lebih kurang 7900 kali, memperlihatkan ramai pengguna seluruh dunia yang masih lagi dalam proses menaik-taraf pelayar web mereka.
Melalui statistik masa-nyata yang dikeluarkan oleh Mozilla, angka muat-turun semasa bagi pengguna dari Malaysia adalah 59 ribu, dimana sebanyak 29 ribu daripadanya datang daripada Kuala Lumpur. Angka muat-turun paling sedikit dicatatkan daripada Kelantan, iaitu sebanyak 87 kali. Namun begitu, angka ini mungkin sedikit tidak tepat.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
serius orang Kelantan 87 orang jer yang pakai FF? haha…
igtkan perlis yg plg sket td. bangga2 sbb perlis tak sket pakai. hehe
Rasanya FF4 ni bnyk improvement, laju, ringan dan adakalanya lebih laju dari Chrome
firefox masih tidak dapat menandingi kelajuan chrome…. saya telah uji guna line celcom bb dan ternyata chrome lebih laju berbanding Firefox 4…
Pehhh … memang fantastic betul update baru ni!
Love the panorama feature and the simplicity of this new update.
org kelantan bnyk pkai opera 11.01
nak tahu semua secara spesifik org2 yg download dekat mana ye?
walaupun FF 4 ada sedikit lack dalam Ubuntu, tapi aku dah resolve dah, memang cun la..hehe