09Mar

FourSquare 3.0 Dilancarkan

Perisian, Web 2.0

Seperti yang dinantikan sebelum ini, FourSquare telah pun melancarkan FourSquare 3.0 untuk iPhone dan juga Android, membawakan pelbagai fungsi baru pada aplikasi geolokasi kesukaan ramai itu.

Melalui FourSquare 3.0, ianya membawakan enjin cadangan lokasi yang serba baru. Kini melalui tab Explore pada aplikasi tersebut, anda dengan mudah boleh melihat lokasi-lokasi menarik berhampiran mengikut kategori, samaada makanan, membeli-belah dan sebagainya.


Tab Explore Yang Baru


Lebih Ganjaran Menarik Melalui FourSquare 3.0

Selain daripada itu, ianya juga kini lebih memberikan perhatian kepada mata ganjaran, serta menawarkan pelbagai perkara menarik serta lebih sosial daripada sebelumnya. Pada masa yang sama, ianya juga membolehkan para pengguna untuk melihat pelbagai ganjaran dilokasi-lokasi berdekatan mereka dengan mudah.

Seperti biasa, para pengguna boleh memuat-turun FourSquare 3.0 terus daripada Android Market mahupun melalui iTunes secara percuma, dan mula menikmati pelbagai perkara baru padanya mulai hari ini.


VLC 0.9.0 Bakal Keluar Tidak Lama Lagi
GroupsMore Ingin Memperluaskan Perniagaan
Opera 11.10 Akan Dikenali Dengan Nama Kod Barracuda
Laporan Web Untuk Bulan Februari Dikeluarkan MDA
Maybank2U Memperkenalkan Halaman Pengurusan Kewangan Peribadi

3 Komen

  1. suffer8zine pada 09 Mar 2011

    kalau selain iphone bende ni leh guna x?

  2. Roslan Nazri pada 09 Mar 2011

    plg tak suke dia push notification walaupun dah exit program ni guna force stop.. yg lain2 sgt best.

    • awis pada 10 Mar 2011

      bole buang notification tu kat setting die..kalau android la..setting>pings


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader