Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas tiga minggu sebelum ini memperkenalkan Chrome 10 Beta, hari ini, Google memperkenalkan versi stabil pelayar web tersebut kepada umum, membawakan pelbagai peningkatan, dari segi enjin JavaScript, dan juga sokongan hardware acceleration yang ditambah baik.
Chrome 10 membawakan evolusi terkini enjin JavaScript V8, iaitu Crankshaft, membawakan kelajuan pelayaran yang lebih 66% pantas daripada versi-versi sebelumnya. Selain daripada itu, Chrome 10 turut sama membawakan pengurus tetapan yang serba baru, membolehkan anda membuat pelbagai tetapan untuk pelayaran web anda dengan mudah dan pantas.
Bagi para pengguna Chrome, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik, selain pada masa yang sama, Chrome 11 versi pembangunan sudah pun boleh diuji.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah, bagus la website ni, info pantas. keep going!!
huhu den guna chrome mmg laju, tapi sng crash
betul.. salu crash…
x lah…. aku x crash pun… RAM kecil tu pasal crash… apekah?
hidup chrome…. chrome ada private browsing.. firefox ada tapi x berkesan…
hampeh firefox
a’ah… chrome r terbaik !!!
aku dulu selalu gak crash rupa-rupanya masalah ngan IDM.
ntah berapa kurun dah aku guna chrome tak pernah sekali pon dia crash
salah satu possible sebab crash ialah pemakaian idm. mungkin je la. dulu pun selalu gak crash, tapi lepas untick option utk chrome ok je. CHROME!
nak download la lpas nie.. yeah.. thank you for the info
WAAAA……..KENA DOWNLOAD DAN CUBA NIE…….MENGIKUT KAJIAN OPERA ENGINE YANG PALING TERLAJU…BETUL KE?CZ BILA AKU TEST LAMBAT ADA LA….;-)