14Mar

Google Chrome Turut Mendapat Kemaskini Logo

Google

Setelah Chromium mendapat logo baru, kini Google Chrome turut sama mendapat kemaskini logo mereka, bersama-sama dengan untuk logo Chrome Web Store. Dengan perkembangan ini, mungkin kita akan dapat melihat kemaskini logo untuk semua produk Chrome seawal Google Chrome 11 kelak.


Perbandingan Logo Baru (Kiri) dan Logo Lama (Kanan)

Logo baru untuk Chrome ini didapati melalui kemaskini pembangunan terkini Chrome OS. Sama seperti untuk Chromium, kini ianya lebih mengetengahkan logo dalam dua dimensi, sekaligus menjadikan lebih ringkas dan kemas berbanding sebelumnya.

Ianya masih lagi tidak diketahui mengapakah perubahan logo ini dilakukan oleh pihak Google. Adakah ianya menandakan yang mana Chrome OS sudah menghampiri versi stabil pertama ataupun adakah Google mempunyai perancangan lain dengan pengenalan logo baru ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Google mengenai perubahan logo ini.


Google Memperkenalkan Favicon Baru
ChromeOS Akan Di Matikan Atau Di Satukan Dengan Android?
Blogger Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dashboard Baru
Apa Kata Anda Mengenai Google+?
(Videografik) Bolehkah Google+ Mengatasi Populariti Facebook?

6 Komen

  1. Paan Jr pada 14 Mar 2011

    ala tak lawo! hhuhu

  2. hairulnizam pada 14 Mar 2011

    naper perkataan chrome tu jd kelihatan blur plak, yg lama nmpk lebih jelas dan terang…

    • Aman pada 14 Mar 2011

      sebab aku besarkan saiz dia. Hehe~

  3. MuJE pada 14 Mar 2011

    die tukor ler cane2 pon. asal jadi lagi pawer den tak heran… :D

    • snazzybizarre pada 15 Mar 2011

      teman sokong !!

      • ayap pada 15 Mar 2011

        teman sokong gop!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader