14Mar

Google Circles Akan Dilancarkan Pada Bulan Mei?

Google

Nampaknya, Google tidak akan melancarkan Google Circles dalam tempoh 24 jam seperti yang diperkatakan sebelum ini. Namun begitu, ianya diperkatakan yang mana rangkaian sosial yang dinantikan daripada Google, setelah dikenali dengan nama Google Me, Google +1 dan terkini Google Circles ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Mei kelak.

Google sendiri telah Tweet memperkatakan mereka tidak akan melancarkan sebarang perkhidmatan atau produk, sekaligus menghentikan ura-ura berkenaan Google Circles tersebut. Namun begitu, masih berkemungkinan, beberapa informasi berkaitan dengannya akan diketahui, dan mungkin juga tidak.

Google sebelum ini telah bereksperimen dengan pelbagai fungsi sosial, termasuk Google Wave, Jaiku, Lively, dan juga laman sosial mereka sendiri Orkut. Namun begitu, semestinya Google mempunyai pelbagai projek lain lagi secara dalaman, dan mungkinkah Google Circles ini bakal mengubah dunia sosial kelak? Sama-sama kita nantikan pelbagai info berkaitan dengannya.


We’re not launching any products at #SXSW but we’re doing plenty else. Join us for #H4ckers & 80s dancing today http://goo.gl/yV4fPless than a minute ago via web


Konsep Awal Tablet ChromeOS Di Perlihatkan
AOL Mengambil-Alih Laman Profail About.me
Antaramuka Pembangunan Awal Ice Cream Sandwich Di Perlihatkan
Google Turut Memperkenalkan Antaramuka Baru Mereka Pada iGoogle
YouTube Menyambut Ulang Tahun Ke-7 - Video Selama 72 Jam Dimuat-Naik Setiap Minit

1 Komen

  1. sazuwi pada 14 Mar 2011

    dasyat strategi google nie..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader