26Mar

Disco – Aplikasi Mesej Berkumpulan Daripada Google

Google, Perisian

Selain daripada Beluga, GroupMe, dan beberapa perkhidmatan mesej berkumpulan yang lain, Google turut sama dilihat menyertainya dengan Disco, yang kini didatangkan dalam bentuk aplikasi untuk iPhone, dan juga boleh digunakan terus melalui laman web mereka.


Antaramuka Aplikasi Disco Pada iPhone

Menariknya adalah dimana aplikasi tersebut dibangunkan oleh Slide, dimana Google telah mengambil-alih Slide pada bulan Ogos yang lepas pada harga $182 juta. Mungkin kita akan dapat melihat aplikasi Disco untuk Android tidak lama lagi. Ianya mungkin dibangunkan sebagai projek sampingan, memandangkan Google sentiasa mementingkan pengguna Android terlebih dahulu, ataupun berkemungkinan besar, aplikasi tersebut telah pun dibangunkan sebelum Google mengambil-alih Slide.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda merupakan pengguna iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Disco secara percuma, dan mula bermesej dengan rakan-rakan anda secara percuma.


Feed Dari Blog GMail di Laman Utama GMail
Chrome Kini Di Datangkan Bersama Flash
Google Voice Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia
Firefox Mobile 5 Beta Pada 17 Mei - Sama Seperti Versi Desktop
Gingerbread Kini Digunakan Pada Lebih 38.2% Peranti Android Seluruh Dunia

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader