17Mar

Google Memperkenalkan Fungsi Perbincangan Pada Google Docs

Google

Kini, Google mula mementingkan fungsi kolaborasi dan kerjasama pada Google Docs, dimana mereka memperkenalkan fungsi Discussion pada Google Docs. Melaluinya, para pengguna boleh berbincang dalam masa-nyata, sekaligus memudahkan pembangunan sesuatu dokumen itu.

Selain daripada itu, fungsi ini turut sama didatangkan dengan kebolehan @mentions, dimana anda boleh menyertakan nama (alamat emel) rakan anda, dan mereka akan menerima notifikasi emel, serta kebolehan untuk membalas terus daripada emel.

Fungsi diskusi ini hanya boleh digunakan pada dokumen-dokumen baru sahaja pada Google Docs, dan dokumen lama masih tidak disokong lagi. Selain itu, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan mungkin masih ada yang belum dapat melihatnya lagi buat masa ini.


Telefon Bimbit Android Bakal Menemui Pengguna Oktober Ini
Hasil Carian Imej Pada Google Tampak Menarik
YouTube Kini Menyokong Video Sepanjang 15 Minit
Google Ingin Menghilangkan Bar Alamat Pada Chrome?
Bina Widget Google+ Pages Anda Dengan Mudah

1 Komen

  1. ohtwit pada 17 Mar 2011

    ooo..aku ingat dah lama dia perkenalkan.. rupanyer baru je..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader