18Mar

HTC Incredible S Dilancarkan Di Malaysia

Gajet

Selain daripada pelancaran Nexus S, hari ini juga menyaksikan dimana HTC Malaysia telah pun melancarkan HTC Incredible S di Malaysia. Berbeza dengan Nexus S yang agak mahal, HTC Incredible S dijual pada harga cuma RM1,999.

HTC Incredible S membawakan skrin Super LCD WVGA seluas 4-inch, yang mana sama seperti Nexus S, turut membawakan Android 2.2. Ianya turut membawakan kamera 8-megapixel dengan fungsi dual-flash, serta kamera hadapan untuk panggilan video.

Selain boleh didapati pada harga RM1,999 bermula penghujung bulan April ini, para pengguna juga boleh mendaftarkan minat untuk mendapatkan HTC Incredible S pada harga yang lebih murah dengan mengambil pakej rasmi daripada DiGi. Buat masa ini, harganya masih lagi belum diumumkan secara rasminya.


HP Hentikan Projek Tablet Windows 7?
Android Versi Seterusnya Akan Dikenali Sebagai Ice Cream Sandwich
Aplikasi Android Akan Disokong Pada MeeGo Melalui Alien Dalvik
HTC Mengumumkan Lebih 7 Peranti Akan Menerima Ice Cream Sandwich Awal Tahun 2012 Kelak
(Video) Beberapa Fungsi Menarik Pada Motorola Droid Razr

5 Komen

  1. daus pada 18 Mar 2011

    terbaikkkk

  2. nabel pada 18 Mar 2011

    best ke HTC. kat mana ada tempat nak try handphone ni amanz? ;)
    kalau best, boleh try. boleh la angkat satu. ngee

    • Azam pada 19 Mar 2011

      biasanya di kedai handphone @ Lowyat banyak…try aje di situ

  3. mus pada 23 Jun 2011

    sy dh pb borong 2 htc incredible s ni..satu utk sy,satu utk hubby sy..mmg terbaeeekkk la bro!..

    • saiful pada 24 Jun 2011

      sy baru beli htc incredible s ni blm pn 2minggu bateri cepat habis kadang2 dia restart sendiri…baru gune internet xsmp pn 5minit dan2 tu bateri tggl stgh,dan xsmp mlm lg da nk kena cas bateri…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader