27Mar

IE9 Didatangkan Dengan Fungsi Kemaskini Automatik?

Microsoft

Nampaknya berkemungkinan besar, Internet Explorer 9 didatangkan dengan sistem kemaskininya sendiri, dan tidak lagi bergantung kepada Windows Update seperti sebelumnya. Dengan ini, para pengguna Internet Explorer 9 boleh mengemas-kini pelayar web mereka kepada Internet Explorer 10 dan seterusnya dengan amat mudah sekali.


Kotak Dialog Yang Ditemui Pada Internet Explorer 9 Menawarkan Kemaskini Automatik [via]

Melalui Internet Explorer 9 yang dilepaskan baru-baru ini, salah satu kotak dialog ditemui, memperlihatkan yang mana ianya menyertakan sokongan untuk dikemaskini secara automatik kepada Internet Explorer 10 dengan mudah dan pantas.

Selain daripada Internet Explorer 9, baru-baru ini Mozilla turut sama melancarkan Firefox 4.0, manakala Google telah memperkenalkan Chrome 11 Beta, dan Opera Software telah memperkenalkan Opera 11.10 Beta. Nampaknya persaingan sihat antara para pembangun pelayar web membawakan pelbagai kebaikan kepada para penggunanya.


Personalisasikan Windows 7 Anda Dengan Mudah
Pra-Lihat Internet Explorer 9 Minggu Hadapan
Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Januari 2013
Microsoft Malaysia Melancarkan Internet Explorer 9
Microsoft Bakal Memperkenalan Marketplace Versi Web

2 Komen

  1. ekspresiruang pada 27 Mar 2011

    semua pakat nak upgrade kepada yg lebih bgs drpd competitor. kita sbg pengguna yg untung :)

  2. SJ pada 28 Mar 2011

    ie10 dah bleh download ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader