16Mar

Ikon Awal “Aero Lite” Untuk Windows 8 Mula Kelihatan

Microsoft

Dengan Windows 8 Beta dijangka akan dilepaskan seawal penghujung tahun ini, sedikit demi sedikit info berkenaan dengannya mula diketahui. Setelah diketahui mengenai pengintegrasian Windows Live ID pada Windows 8, kini beberapa ikon yang diperkatakan sebagai Aero Lite mula kelihatan.

Ianya diperkatakan yang mana Windows 8 akan membawakan antaramuka penuh 3D yang dinamakan sebagai “Wind”, dan antaramuka Aero Lite ini akan menjadi ganti bagi antaramuka asas, tanpa sebarang penggunaan grafik yang ekstrim.


Perhatikan Pada Perubahan Ikon [via]

Sehingga kini, Microsoft masih lagi senyap berkenaan dengan fungsi-fungsi yang bakal dibawakan oleh Windows 8, dan hanya memberitahu yang mana ianya akan menyokong cip pemprosesan ARM sahaja buat masa ini. Ianya juga diketahui yang mana Microsoft telah pun mulakan pembangunan Windows 8 Milestone 3 pada masa ini.


MSN Toolbar Di Edar Bersama Java Runtime Environment
Office Web Apps Kini Menyokong Pengguna Malaysia
Xbox LIVE Bakal Didatangkan Bersama-sama Windows 8
Windows 8 Consumer Preview Bakal Dilancarkan Pada 29 Februari
Tiada Lagi Antaramuka Aero Glass Pada Windows 8

3 Komen

  1. Orang Akaun pada 16 Mar 2011

    kinda awesome..bila tah nak lunch final version punya..can’t wait!

  2. steady eddie pada 16 Mar 2011

    menarik2..xsabar nak cube

  3. Zaiman Noris pada 17 Mar 2011

    Wind ek? Ingat kan metro. rasenye diorg mmg design towards flatness sbb nak selari dengan metro UI dalam window phone 7.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader