01Mar

Intel Kini Merupakan Pemilik McAfee

Lain-lain, Sekuriti

Setelah mengumumkan pembelian McAfee oleh Intel pada tahun lepas, akhirnya, pada hari ini, urusniaga tersebut selesai sepenuhnya, dan kini Intel merupakan pemilik penuh McAfee. Walaubagaimanapun, jenama McAfee akan diteruskan, dan ianya akan terus beroperasi sama seperti sebelum ini.

Mungkin dengan pembelian McAfee ini, Intel akan mula menaik-taraf pelbagai jenis sekuriti pada cip pemprosesan mereka. Pada masa yang sama, Intel juga tertakluk pada suatu syarat, dimana Intel perlu teruskan menyokong pelbagai perisian dan aplikasi keselamatan dan sekuriti yang lain, dan tidak boleh mengintegrasikannya bersama-sama dengan cip mereka, yang mana mungkin akan mengakibatkan kepada monopoli dalam sistem sekuriti.

Mungkin kita akan dapat melihat penggunaan teknologi McAfee oleh Intel tidak lama lagi.


Google Chrome Kini Menyokong Hotmail
Pangkalan Data Advertlets Bakal Dilepaskan GaySec Tengah Malam ini
Lebih 65,000 Buah Kamera Terjual Setiap Bulan Di Malaysia
CyberSecurity Malaysia Mengeluarkan Peringatan Untuk Menguatkan Sekuriti Web
Portal Web Berkaitan Kebebasan Suara Bakal Dibangunkan

3 Komen

  1. steady eddie pada 01 Mar 2011

    intel terbaik

  2. arrazi pada 01 Mar 2011

    Ada syarat pulak ek..Aku ingat nanti cip dia ada antivirus sendiri.Tapi aku rasa kalau dia beli Nvidia lagi baguskan.Lebih berbaloi,sebab boleh masukkan dlm cip pemprosesan dia..Pasti lebih mantap.Mahal tu dia beli macafee.

  3. Sabahan Bloggers Club pada 01 Mar 2011

    Tahniah kepada Intel.
    Semoga pembelian mereka ke atas McAfee akan memberi keuntungan kepada pengguna.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader