10Mar

Internet Explorer 9 Bakal Dilancarkan Pada 14 Mac

Microsoft, Perisian

Setelah memperlihatkan beberapa versi pembangunan sebelum ini, kini Microsoft secara rasminya mengumumkan yang mana pelayar web generasi baru mereka, Internet Explorer 9 kelak akan dilancarkan secara rasminya pada 14 Mac ini, kurang 4 hari dari hari ini.

Sebelum ini, ura-ura telah pun hangat memperkatakan yang mana Internet Explorer 9 akan dilancarkan pada 14 Mac. Versi pembangunan terakhir yang diperkenalkan oleh Microsoft kepada umum adalah IE9 RC pada 10 Februari yang lepas, dimana ianya telah pun dimuat-turun sebanyak lebih 36 juta kali sehingga kini.

Pengguna IE9 RC juga tidak perlu risau, memandangkan anda akan menerima kemaskini automatik untuknya pada pelancarannya kelak, memudahkan anda menaik-taraf pelayar web Internet Explorer anda. Mungkin juga kita akan dapat mendengar beberapa informasi berkaitan IE9 Mobile pada pelancarannya kelak.


BrowserPlus Memperkenalkan Dua Fungsi Baharu
Windows Live SkyDrive Di Naik Taraf
Windows 7 Beta Tamat Tempoh Hari Ini
GroupMe 3.0 Kini Turut Sama Menyokong Pengguna Dari Malaysia
Xbox Generasi Baru Tidak Akan Membawakan Pemacu Cakera?

6 Komen

  1. hairulnizam pada 10 Mar 2011

    eh wujud lagi rupanya IE nie…haha

  2. Iskandar pada 10 Mar 2011

    Excitement yg aku rasa bila IE bagitau versi baru nak keluar, sama dengan excitement yg aku rasa bila adik kecik aku kata esok pagi dia nak pergi sekolah.

    Takde feel apa2.

  3. SJ pada 10 Mar 2011

    ie9 rc lju oh. aku stream youtube hd 1080p smooth je xde buffering. gne chrome kna buffering

  4. zack pada 10 Mar 2011

    most boring browser in the world.. =P

  5. Wan Perlis pada 10 Mar 2011

    firefox tetap terbaik
    wait for v4

  6. mohadila pada 10 Mar 2011

    pemilihan browser aper yg org tue nk guna adalah hak diorg, jgn nk mngutuk klu org tue nk guna yg open source ker @ yg closed source…klu tenet dah lembab, pki browser aper pun sama….just my opinion la….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader