03Mar

iTunes 10.2 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Apple, Perisian

Selain daripada pelancaran iPad 2 yang mana akan dijual mulai 11 Mac kelak, Apple juga turut sama melancarkan iTunes 10.2 pada hari ini, yang mana, ianya membawakan sokongan untuk iPad 2 dan diperlukan dalam digunakan bersama-sama iOS 4.3 yang bakal dilancarkan pada 11 Mac nanti.

iTunes 10.2 juga membawakan sokongan penuh untuk iOS 4.3 membolehkan anda sync perantian yang menggunakan iOS 4.3 kepada komputer anda dengan mudah. Pada masa yang sama, iTunes 10.2 turut sama membawakan peningkatan pada fungsi Home Sharing, serta membawakan sokongan untuk memainkan media pada perantian iOS 4.3 menggunakan fungsi Home Sharing.

iTunes 10.2 sedia untuk dimuat-turun sekarang secara percuma daripada laman Apple.


Rekabentuk Firefox 3.7 Makin Menyerupai Chrome
Sesuatu Yang Baru Daripada Apple Pada 20 Oktober
TweetDeck Membolehkan Tweet Dengan Lebih Panjang Melalui Deck.ly
Oh! Media Bakal Melancarkan Blog Memfokuskan Apple
Apple Store Malaysia Kini Menawarkan OS X Lion Dalam Bentuk USB Thumbdrive

2 Komen

  1. suffer8zine pada 03 Mar 2011

    kalau line lemau, nk update itune ni punya la makan tahun

  2. Hafaisy pada 03 Mar 2011

    mac user bila update relax je, tapi bila aku update dekat windows SLOW betul. kalau tak caya boleh try sendiri


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader