29Mar

Lelong Bakal Mengadakan Pameran E-Commerce Pada 12 Ogos

Lain-lain, Web 2.0

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini ianya sah yang mana Lelong.my bakal mengadakan pameran e-commerce mereka di Malaysia, dan ianya bakal diadakan diantara 12 Ogos hingga 14 Ogos di Mod Valley. Buat masa ini, info mengenainya masih lagi tidak berapa diketahui, dan ianya akan diumumkan oleh Lelong.my menjelang 1 April kelak.

Laman baru dengan pelbagai info berkenaan dengan pameran e-commerce kelak akan dipamerkan pada halaman rasmi mereka. Ianya juga bakal menjadi pameran perniagaan atas talian yang pertama di Malaysia, sekaligus akan menarik lebih ramai pengguna mengubah tanggapan pada perniagaan atas talian.

Kami akan menyediakan lebih informasi berkaitan dengannya sebaik sahaja kami mendapat info tambahan berkaitan dengannya.


Nuffnang Melebarkan Sayap Ke China
Akta Liabiliti ISP Akan Di Bentangkan
Logo Rasmi HTML5 Diperkenalkan Oleh W3C
Friendster Baru Dilancarkan Untuk Semua Pengguna
Bersama Pembangun Evenesis - Finalis Anugerah NEF-Awani 2011

2 Komen

  1. alyrds pada 30 Mar 2011

    bulan puasa? …. hurm…..

  2. cyberkerisz pada 31 Mar 2011

    Bulan puasa… Leh belanja untuk raya.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader