READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Lanjutan daripada sebelum ini, nampaknya Les Copaque bukan hanya ingin memperkenalkan satu permainan Upin dan Ipin sahaja, malah mungkin lebih daripada itu. Selain daripada sebuah permainan khas untuk filem akan datang mereka, Laksamana Upin dan Ipin, Les Copaque juga turut sama mungkin akan memperkenalkan permainan berasaskan pendidikan tidak lama lagi.

Laksamana Upin dan Ipin
Paparan Skrin Untuk Permainan Laksamana Upin dan Ipin


Paparan Skrin Untuk Permainan Upin dan Ipin Bercorak Pendidikan

Permainan berasaskan pendidikan itu akan lebih ditujukan kepada pengasahan ilmu Matematik bagi para pengguna berumur 3 tahun ke atas. Selain daripada itu, ianya turut sama akan membawakan jalan cerita permainan yang menarik, untuk menarik minat para pengguna untuk menghabiskannya.

Melalui demo ringkas yang diperlihatkan, permainan berasaskan pendidikan itu akan meminta para pengguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah Matematik sebelum dapat meneruskannya kepada peringkat seterusnya, ataupun untuk menerima sesuatu bonus tambahan.

Tarikh pelancarannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini, namun mengikut beberapa sumber, pihak Les Copaque masih lagi sedang mencari para pelabur untuknya, dan bakal mempersembahkan karya mereka kepada para pelabur seawal bulan April ini.

Terdapat 7 komen

Komen

Nama
Web