23Mar

Les Copaque Bakal Memperkenalkan Permainan Upin dan Ipin

e-Permainan

Kini, selain daripada siri animasi Upin dan Ipin dan filem Laksamana Upin dan Ipin yang bakal menjelang tiba pada tahun 2012, Les Copaque turut melangkah setapak kehadapan dengan membangunkan permainan komputer Upin dan Ipin.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih lagi tidak diketahui lagi, namun ianya dijangka akan dilancarkan bersama-sama dengan filem Laksamana Upin dan Ipin, serta mengikut jalan cerita filem tersebut.

Pembangunannya kini sedang dilakukan, dan melalui demo yang diperlihatkan oleh Les Copaque, permainan tersebut dijalankan sebagai aplikasi berasingan. Namun begitu, menurut pihak mereka, versi akhirnya kelak berkemungkinan besar akan menjadi permainan berasaskan pelayar web, membolehkan semua pengguna memainkannya dengan mudah.


FIFA 2012 Demo Sedia Dimuat-Turun Untuk PC, Xbox 360 Dan PS3
Minecraft 1.1 Membawakan Penambahan Sokongan Bahasa Malaysia
Rovio Melancarkan Permainan Angry Birds Pada Facebook Hari Ini
EA Melancarkan C&C Tiberium Alliances Dalam Bentuk Beta Terbuka
Konami Memperlihatkan Video Permainan PES 2013 - Bakal Dilancarkan Tahun Ini

23 Komen

  1. Paan Jr pada 23 Mar 2011

    kalaulaa ade untuk xbox kan? hahahah

  2. ekspresiruang pada 23 Mar 2011

    wahhh bestnya. rasanya si abah ni akan lebih minat upin ipin berbanding anaknya. hehe. yg penting saya bangga dgn pencapaian anak melayu kita yg berani bersaing dlm arena animasi ni. melangkah lebih jauh dgn game adalah satu milestone yg boleh dibanggakan sgt2

    • Affan pada 24 Mar 2011

      kahkah. bapak die pulak lagi suka upin ipin daripada budak2.
      tapi animasi ni mmg sesuai ditonton setiap lapisan masy.

  3. Ikhwan pada 23 Mar 2011

    Untuk komputer saja ke? Konsol-konsol lain macam mana?

  4. AdamXis pada 23 Mar 2011

    Assalam…wow hebat laa…sumber dari mana nie…nak tgk lagi hu3…

  5. emanthehalia pada 23 Mar 2011

    tahniah ! moge hijrah ke arah baik ke lebih baik!

  6. menj pada 23 Mar 2011

    Wow, brand “Upin dan Ipin” ni boleh menembusi pasaran global tak lama lagi :)

  7. suffer8zine pada 23 Mar 2011

    wahhh dasat betul ni brand tempatan

  8. kaizendeen pada 23 Mar 2011

    kalau dia buat untuk aplikasi facebook tentu meletop macam cerita dia..org x main dah mafiawar..hehee

  9. khairil pada 23 Mar 2011

    PC version..mungkin la

  10. kikoz pada 23 Mar 2011

    yg aku x suka dengan upin & ipin ialah kepalanyer yg besar. mengapa mesti buat begitu? sgt hodoh la…

  11. Syafiq Zainal pada 23 Mar 2011

    x kesah sangat game tu best ke x, haha. aku nk tengok muka upin ipin dan suara diorg je dalam game tu nnti. tu key utama :P

  12. Mohd Isa pada 23 Mar 2011

    terbaiklah, cepatlah kuar…asyik main angry bird je…hehe

  13. lankapo pada 23 Mar 2011

    hehe dah lama dah menda ni aku nk suggest kat diorg ni. Klu tgk movie kat Hollywood kejap je kuar game diorg.Batman la Spiderman la

    So mmg bagus lah buat game upin ipin ni. Lagi bagus buat online je. Lagi popular. Semua org leh main

  14. EiNS pada 23 Mar 2011

    Buat game iphone, ipad jugak? baru terbaik :D

  15. razif pada 23 Mar 2011

    wow! les copaque maju selangkah lagi.. terbaik!!

  16. Affan pada 24 Mar 2011

    orang indon pun peminat upin dan ipin kehkeh, memang ngetop lah animasi ni.
    nampaknya pihak les copaque dah cari alternatikf lain untuk majukan lagi

  17. ShakRoil pada 25 Mar 2011

    upin dan ipin! memang best.. memperkenalkan produk tempatan ke antarabangsa!

  18. Man pada 26 Mar 2011

    hebat….bagos2..

  19. si comel pada 28 Mar 2011

    tak sabar sabar nie..abg aman buat laa peraduan dan hadiahnya dapat aplikasi permainan upin dan ipin…

  20. Anis pada 17 May 2011

    nak maen….bosan…

  21. aiman112 pada 17 Aug 2011

    letak la dekat psp dan pc baru best

  22. Firdaus pada 14 Oct 2011

    Guna unity kan?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader