Cari @ Amanz

Selain daripada Upin dan Ipin, kini Les Copaque turut sama memperkenalkan siri animasi terbaru mereka, yang mana dikenali sebagai Pada Zaman Dahulu. Melalui siri animasi Pada Zaman Dahulu, Les Copaque membawakan kisah-kisah rakyat yang popular dalam bentuk animasi, dan mempersembahkannya dalam bentuk yang menarik.

Secara ringkasnya, Pada Zaman Dahulu akan mengisahkan mengenai Sang Kancil yang bijak pandai dalam menjalani pengembaraannya, bertemu dengan pelbagai watak-watak menarik yang lain. Kisah hidup Sang Kancil itu dikisahkan oleh sorang datuk kepada cucu-cucunya.

Menurut pihak Les Copaque sendiri, mereka telah mengubah cara render animasi untuk Pada Zaman Dahulu, menjadikannya lebih menarik. Buat masa ini, tarikh pelancaran dan tayangannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui lagi, namun pihak Les Copaque dijangka akan memperlihatkan beberapa sedutan daripada animasi itu kepada umum tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd