16Mar

Maxis Akan Mula Menjual Nexus S Mulai Jumaat Ini

Gajet, Telekomunikasi

Selain daripada HTC Incredible S yang bakal dilancarkan pada hari Jumaat ini oleh HTC Malaysia, Maxis turut sama bakal melancarkan perantian yang dinantikan ramai, Nexus S pada hari Jumaat ini. Nexus S kelak akan dijual pada harga RM2499, namun boleh didapati pada harga serendah RM1499 apabila membeli bersama-sama dengan pakej Maxis.

Nexus S

Maxis menawarkan tawaran kontrak selama 12 bulan dengan harga peranti Nexus S pada harga RM1799, 18 bulan pada harga RM1699 dan 24 bulan pada harga RM1499. Untuk menikmati harga pakej Maxis ini, para pengguna perlu memilih pakej Value Plus 50 dan keatas, dan memilih salah satu pelan data yang ditawarkan oleh Maxis.

Nexus S merupakan peranti Android pertama yang menggunakan Android Gingerbread 2.3, yang mana dibangunkan eksklusif oleh Google dan Samsung.


Skype Mula Mengenakan Bayaran Untuk Panggilan Video Berkumpulan
Lebih 10 Peranti Symbian Akan Dilancarkan Dalam Tempoh Kurang 12 Bulan
Nexus Prime Bersama Ice Cream Sandwich Pada Bulan Oktober Ini?
Huawei MediaPad Berharga RM1399 - Bakal Dijual Di Malaysia Oktober Ini
(Video) Nyah-Kotak Xperia S - Telefon Pintar Sony Pertama

9 Komen

  1. Azam pada 16 Mar 2011

    huhu..Maxis memang cepat…

  2. huhu pada 16 Mar 2011

    henphone pun ada size ye skrg..
    skrg semua size S.. Galaxy S, Nexus S..
    nnt mula la keluar M, L, XL, XXL pulak.

  3. Sham Hardy pada 16 Mar 2011

    hmmmmmmmm.. interesting!

  4. saya pada 16 Mar 2011

    kalau pakej maxis bulanan rm50 pilih data plan 3gb berapa yer??

  5. Fazreen pada 16 Mar 2011

    Gambar first tum macam menarik…jgn cakap tu aman punya…

  6. manz pada 16 Mar 2011

    Noob question. Harga phone tu tak termasuk caj pakej Value Plus 50 kan?

    • Aman pada 16 Mar 2011

      Yup. Tak termasuk.

  7. override182 pada 18 Mar 2011

    Samsung Galaxy S yg spec 90% sama pun now dh dlm 2000.. 2499 is overpriced.. n sepatutnye by now dh bwk masuk motorola Atrix, LG optimus 2x..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Nexus S di Maxis | Mr Maza Dot My

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader