29Mar

Maxis Bakal Melancarkan HTC Flyer Tidak Lama Lagi

Gajet, Telekomunikasi

Setelah membawa masuk Nexus S, kini Maxis bakal memperkenalkan satu lagi peranti baru yang berasaskan Android, iaitu HTC Flyer. Ianya dijangka akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi, menyaksikan Maxis terus menambah koleksi tawaran tablet mereka selepas Huawei Ideos S7 dan Samsung Galaxy Tab.

HTC Flyer menggunakan Android dengan antaramuka Sense sepertimana produk-produk HTC yang lain, dan membawakan skrin sentuh seluas 7-inch. Selain daripada itu, HTC Flyer turut sama membawkan CPU berkelajuan sehingga 1.5GHz, dengan ruangan terbina sehingga 32GB dan RAM 1GB. Ianya turut sama didatangkan dengan kamera hadapan 1.3 megapixel untuk panggilan video, serta kamera belakang 5-megapixel dengan keupayaan autofokus.

Buat masa ini, harga untuk HTC Flyer masih lagi tidak diketahui, namun jangkaan awal memperkatakan yang mana ianya akan berharga lebih daripada RM2,000.


Our next device for the #Maxis10 Reviewers Programme is the new tablet, the HTC Flyer! Want to review it? http://bit.ly/Maxis10 to sign up!less than a minute ago via web


Teknologi dan Internet Sepanjang Tahun 2009
Time dotCom Menawarkan Kelajuan Sehingga 50Mbps
HTC Di Jangka Menjual 60 Juta Telefon Pada 2011
Talian Maxis Beraksi Cemerlang Sepanjang Rawang-Kuala Lumpur Melalui Bas
Droid Razr Akan Mula Dijual Bermula Jumaat - Berharga RM1999

9 Komen

  1. ekspresiruang pada 29 Mar 2011

    ini dah macam notebook versi mini dah. mantap btol. sekejap je HTC ni naik

  2. wazy pada 29 Mar 2011

    w00t #Maxis10 dah open lagi eh
    Insya Allah nak try apply

  3. Roslan Nazri pada 29 Mar 2011

    kali kedua maxis menajadi golongan terawal mendapatkan gadget android.. even nexus s masih byk lagi negara luar tak dpt secara official..kelakar jugak bc web android lain cakap mcm tu.. =)

  4. SJ pada 29 Mar 2011

    byk giler tablet skang ni x thu nak bli yg mna

  5. Iskandar pada 29 Mar 2011

    3-5 tahun lagi anak aku dah tak pakai buku teks dah …


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader