31Mar

Maxis Melancarkan Perkhidmatan Maxis Home

Telekomunikasi

Sekiranya sebelum ini kami pernah memperkatakan mengenai Maxis Home, yang dijangkakan sebagai perkhidmatan IPTV mereka, nampaknya ianya bukan sekadar itu, malah lebih daripada itu. Melalui Maxis Home, Maxis menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan internet jalur-lebar, panggilan suara, kandungan interaktif dan banyak lagi.

Menariknya, memandangkan sebelum ini Maxis dan Telekom Malaysia pernah menanda-tangani sebuah perjanjian, ianya membolehkan para pengguna yang disambungkan menggunakan talian TM turut sama boleh menikmati perkhidmatan Maxis Home ini.

Secara ringkasnya, melalui Maxis Home, Maxis menawarkan beberapa pakej jalur-lebar, yang mana turut sama didatangkan bersama-sama perkhidmatan VoIP, dan beberapa nilai tambah yang lain pada kadar serendah RM128 untuk 4Mbps dengan kuota 30Gb; RM158 untuk 6Mbps dengan kuota 60Gb, RM218 untuk 10Mbps dengan kuota 100Gb.

Maklumat lanjut menyusul.


UniFi Di Tawarkan Dalam 3 Kelajuan Berbeza
Adakah DiGi Akan Membawa Masuk iPad 2?
Xoom Boleh Didapati Daripada Maxis Mulai Esok
Media Sosial Semakin Menarik - P1 Mempromosikan Yes Melalui Halaman Facebook
Celcom Turut Sama Menawarkan Samsung Galaxy Tab 7 Plus

8 Komen

  1. topo pada 31 Mar 2011

    ala apesal la semua nak start ada kuota ni..

  2. wazy pada 31 Mar 2011

    kalau tiada kuota tu lagi menarik pakej ni

  3. kaizendeen pada 31 Mar 2011

    entah…kedekut sangat diorang dgn bandwith diorg…cubalah bg unlimited sikit…baru best.Barulah penebusan jalur lebar kita semakin tinggi.

  4. Rossifumi pada 31 Mar 2011

    Unifi xde kuota

  5. suffer8zine pada 31 Mar 2011

    masing2 berlumba2 mencari pasaran ni

  6. Ali ridha pada 31 Mar 2011

    mana la kami mampu.
    internet bai la murah.

  7. najashark pada 22 Sep 2011

    kalau maxis..mesti ada kuota punya..

  8. Payeh pada 26 Oct 2011

    Tunggu Astro punya jalur lebar pulak. Lepas tu kita tengok.. Mana yang lebih gempak


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader