Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya sejak daripada semalam, Maybank telah menambah lagi lapisan sekuriti pada laman web perbankan mereka, dimana kini terlebih dahulu para pengguna diminta untuk memilih suatu imej dan imej tersebut akan digunakan sebagai tambahan kepada kata laluan sedia ada.

Pilihan sekuriti baru pada Maybank2U [via]
Melaluinya, sekiranya anda log masuk, anda akan dipaparkan dengan beberapa pilihan imej dimana buat pertama kali, anda akan diminta untuk memilih imej pilihan anda, dan untuk kali seterusnya, ianya akan disusun secara rawak dengan pelbagai imej yang lain, dan anda terlebih dahulu perlu memilih imej pilihan anda sebelum dapat log masuk ke Maybank2U.
Perkara ini mungkin sebagai salah satu lapisan sekuriti tambahan memandangkan dengan pertambahan pelbagai laman-laman berbentuk phishing yang kini berfungsi dalam mencuri data-data pengguna dalam perbankan dalam talian.
Terima kasih Iskandar untuk tips.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
maybank mmg slalu kena hack. saya sampai skg masih tak berani nk bukak account kat maybank. huhu
akaun maybank kena hack adalah kerana kelemahan diri sendiri…kalau maybank sendiri kena hack…lama dah diorang bungkus psl kena sue ngan customer
fuyo2.. tapi dari dulu sampai sekarang kebanyakan email pishing dari Maybank jer.. bank lain tak pulak dorang kacau.
ada..bukan tak ada..tp maybank plg awal kenalkan online banking..secara umumnya…org lg ramai guna online banking dari maybank psl dia terawal perkenalkan
sedikit tambahan psl aku pon baru buat benda ni..bg aku benda ni adalah KISS…keep it simple stupid…
selepas ko pilih satu imej…ko kena pilih satu passphrase…lepas tuh ko kena jawab 3 soalan utk terlupa kata laluan…
next time ko masuk M2U..ko akan nampak imej ko pilih dengan dia punya passphrase yg ko pilih td..so aku sarankan ko pilih satu passphrase yg takde kaitan langsung ngan imej di atas..
cth kalau ko pilih rollerblade..ko jgn letak nama rollerblade lak kat situ..tujuan imej n passphrase itu adalah utk menunjukkan memang betul ko masuk website M2U yg real..bukan phishing….
tp kalau imej n passphrase ko disimpan dalam PC (cache) phishers ada cara utk tarik balik data tersebut..part tuh aku tak siasat lagi…haha
satu lagi..imej dan passphrase tuh diambil selepas ko memasukkan username ko…so utk attach phishing targeted…ko mungkin tak selamat…bila phishers tuh tau username ko….dan dia enter ko nyer username kat M2U..dia akan kuar imej n passphrase ko…so dia dh tahu maklumat tuh…so dia leh craft satu site berdasarkan maklumat dia ada…dan dia leh target ko…tuh kalau targeted attack la….
overall..langkah maybank ni boleh mengurangkan phishing secara rawak…sekian..ulasan ringkas dari aku…
Apa kata tiap2 kali nak login, request TAC. Musti lepas ni org tak guna online banking dah. User mesti pergi kat kaunter. Jadi Kes phishing dapat dibendung dengan cepat dan berkesan.
Ngape kita nak patah balik zaman Hail Amir dgn Uji Rasyid ?
WIN!
kau menang internet
Sbb Maybank yang paling popular.
agree with life4hire, sbb kelemahan sendiri. Click suspicious link kat email utk log in. Mmg lah kena hack.
Sy pengguna tegar maybank semua online payment pakai Maybank. Cashout paypal pun ke Maybank hehe
Rasanya myBSN dah implement cara ni kat online banking mereka. Tapi yg ni lebih baik dari yg sebelumnya.
salu dapat emel spam dari pihak “maybak”..kononnya suruh update account..padahal aku akaun maybank pun tadak huhu
masuk username tekan next, pastu masuk password lak, tekan login, pastu kuar lak gambar kindergarten, masuk lagi phare. ha baru bleh login..
tup tup balance takde. penat je aku login. ahaha
konsep image ni yang pertama perkenalkan aku rasa MYBSN..
2la..semalam saya baru buka Maybank2u terkejut gak laman nya dah lain..ingatkan phising website..hehe
OOO…patut dalam masa 2-3 hari ni selalu je dapat SMS dari Maybank2u pasal more feature sekuriti…
Buat penat je urus security baru maybank2u td.. Aku dah buat semua di atas. Alih2 bila nak submit, diorg suruh gi atm utk request no TAC & register no handpon. Ye ye aku pergi buat, lepas tu dia suruh gi mana2 cawangan maybank utk buat no TAC. HAMPEHH.