23Mar

MentariWorks Melepaskan Kod Sumber FeedMalaya Kepada Umum

Sumber Terbuka, Web 2.0

Seperti mana yang dinantikan, kini MentariWorks telah pun melepaskan kod sumber untuk laman FeedMalaya yang dibangunkan oleh mereka itu kepada umum, membolehkan para pembangun memuat-turunnya, dan teruskan pembangunan, disamping berkongsi kemaskini kod bersama-sama yang lain.

FeedMalaya sebelum ini telah dibangunkan menggunakan CodeIgniter, dan kini para pengguna boleh memuat-turun keseluruhan kod pembangunannya secara terus daripada GitHub secara percuma. FeedMalaya sebelum ini telah pun membawakan pelbagai fungsi menarik sebagai sebuah laman aggregator, dimana menyokong pendaftaran menggunakan akaun Facebook, dan setiap pengguna mendapat halaman profail mereka masing-masing dan boleh mengawal berita-berita dan artikel yang dipaparkan.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, FeedMalaya telah pun mulakan pembangunan versi seterusnya, dimana untuk versi yang baharu ini, mereka menggunakan FuelPHP dalam pembangunan, dan kini pembangunannya sedang aktif dilakukan, dan para pembangun yang berminat boleh turut serta dan menyumbangkan kepakaran masing-masing, dan bersama membangunkan sebuah laman yang amat menarik sekali.


8 Media Pengiklanan Internet Tempatan
HTC Desire - Internet Dan Multimedia Pada Satu Gajet
Senarai Tweet Dengan Jumlah Paling Tinggi Dalam Tempoh Sesaat Dikeluarkan Twitter
Aplikasi Universiti Malaysia Pahang Untuk iOS Kini Dalam Pembangunan
Facebook Kini Mempunyai Lebih 901 Juta Pengguna Aktif

5 Komen

  1. hairulnizam pada 24 Mar 2011

    wow dh lepas yer…bleh ler cuba try test…
    semoga mentariworks terus sukses…

  2. Affan pada 24 Mar 2011

    kalau developer mesti suka source code camni

  3. mosyar pada 24 Mar 2011

    terbaik…support mentari work.

  4. mancai pada 24 Mar 2011

    terbaik… teruskan usaha dan terus berkembang maju dan beroleh kejayaan…

  5. FD pada 25 Mar 2011

    setelah sekian lama menunggu.. ^_^


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader