05Mar

Microsft Melancarkan IE6Countdown.com

Microsoft

Microsoft kini melakukan sesuatu yang baru, dimana mereka telah melancarkan suatu laman baru, iaitu IE6 Countdown. Melalui laman tersebut, Microsoft membolehkan para pengguna melihat kematian pelayar web mereka yang paling bermasalah, iaitu Internet Explorer 6.


Laman IE6 Countdown

Buat masa ini, sebanyak 12% pengguna seluruh dunia masih menggunakan Internet Explorer 6, dimana di Malaysia sahaja sebanyak 3.4% pengguna menggunakan pelayar web tersebut. Melalui laman tersebut, Microsoft inginkan angka ini menurun kepada dibawah 1%, dimana melaluinya Microsoft mengajak para pengguna untuk menyebarkan berita untuk rakan-rakan mereka supaya mengemaskini pelayar web mereka.

Microsoft juga dijangka bakal melancarkan pelayar web mereka yang serba baru, iaitu Internet Explorer 9 pada hujung bulan ini, dimana melaluinya ianya membawakan pelbagai fungsi baru, bersama-sama dengan rekabentuk dan antaramuka baru.


Mozilla Menyelesaikan 6 Masalah Sekuriti Pada Firefox
WOFF Sebagai Standard Baru Dunia Web?
Bing Akan Diintegrasikan Pada BlackBerry Selepas Ini
Windows 8 Akan Memperkenalkan Sistem Fail Protogon?
Mozilla Memperbaharui Perjanjian Bersama-sama Pihak Google

6 Komen

  1. Omar pada 05 Mar 2011

    tak sangka Microsoft buat langkah ni, tak silap dulu, ada pihak buat hari kematian IE, IE RIP lebih kurang camtu la bunyinya…

  2. Sean pada 05 Mar 2011

    Manusia yg still guna IE6 adalah manusia memang jahil ttg komputer..manusia yg still duk bawah tempurung…xtau apa2 pasal teknologi komputer & internet…

    ie6 adalah browser paling bodoh pernah aku jumpa selama aku hdup… semua x support..

    • Omar pada 05 Mar 2011

      Janganlah cakap macam tu. Tak semua yang jahil komputer.Walaupun kebanyakan masih dah upgrade, mungkin diorang ada sebab tak nak upgrade…

    • Syafiq Zainal pada 07 Mar 2011

      mungkin ada yang marah tpi saya terpaksa menyokong komen ini. Saya sendiri melihat rakan-rakan saya suatu ketika dahulu tidak mahu menggunakan firefox dan still dgn ie6.

      Bodoh disini maksudnya “tidak mengetahui” atau “tidak mahu ambil tahu”.

  3. Irwan pada 05 Mar 2011

    sejujurnya aku masih guna IE6.. ekekekee :D

  4. paeh pada 07 Mar 2011

    3.4% di malaysia….? aku syak 3% peratus dah digunakan oleh badan-badan kerajaan. hahaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader