Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
MOL, pemilik laman sosial Friendster, yang sebelum ini telah mengumumkan kerjasama bersama Facebook, kini melangkah setapak kehadapan lagi, dimana hari ini mereka telah mengumumkan yang mana mereka kini akan mula mengedarkan Zynga Game Cards di Asia.

Zynga Game Cards merupakan kad prabayar untuk permainan sosial keluaran Zynga, dimana melaluinya, ianya menawarkan mata-wang maya untuk digunakan dalam permainan, membolehkan para pengguna membeli peralatan tambahan dan terhad pada permainan keluaran Zynga.
Buat masa ini, Zynga Game Cards hanya ditawarkan US, UK dan Kanada sahaja, selain Zynga sendiri menawarkan penghantaran melalui emel. Dengan kerjasama bersama-sama dengan MOL, ianya bakal mula dijual di Singapura mulai hari ini, dan diikuti di Malaysia, Thailand, Indonesia, India dan Filipina.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ramai kawan-kawan mafia yang tunggu ni….
Cuma saya dah berhenti main mafia ni, buat blog lagi bagus….
rasanya lebih kurang fungsi Facebook point kt MOL tue jer…harganya pun lebih kurang jer. Apapun, kelebihannya ialah dpt MOL reward points….best…
Ada ke orang nak beli kat Malaysia ni?
Yelah budak2 suka lah main benda2 ni .
Baik main free jek
Save duit