22Mar

Mozilla Melancarkan Firefox 4.0 Secara Rasminya

Perisian, Sumber Terbuka

Mozilla, hari ini secara rasminya telah pun melancarkan pelayar web Firefox 4.0 yang dinantikan ramai itu. Firefox 4.0 boleh dimuat-turun oleh para pengguna Windows, Mac OS X dan Linux, dan didatangkan dalam lebih 80 bahasa yang berbeza. Versi Android dan Maemo dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui Firefox 4.0, Mozilla membawakan pelbagai perkara baru untuk pelayar web sumber terbuka yang diminati ramai itu, iaitu :

  • Prestasi Firefox 4.0 lebih enam kali ganda berbanding versi sebelumnya, membawakan kepantasan pelayaran dan masa respon pelayar web yang dipertingkatkan.
  • Sokongan Sync Firefox 4.0 membolehkan anda mengakses bookmark, tab yang terbuka, dan beberapa data lain melalui lebih daripada satu komputer, mahupun melalui peranti mudah-alih anda dengan mudah.
  • Lebih selamat Firefox menyertakan fungsi Do Not Track, dan pelbagai pilihan sekuriti yang lain, menjadikan pelayaran web anda lebih selamat berbanding sebelumnya.
  • …dan banyak lagi perkara baru.

Para pengguna boleh memuat-turun dan mencubanya sekarang. Mozilla memperkatakan yang mana pada masa sekarang ini, Firefox 4 sedang dimuat-turun hampir 5,000 kali setiap minit.


Tab Pada Versi Pembangunan Firefox Mula Berubah
Opera 11 Alpha Kini Menyokong Extensions
MY Rights - Ketahui Hak Anda Apabila Berhadapan Dengan Polis
Chrome 11 Dengan Sokongan Input Suara Dilancarkan
BlackBerry AppWorld 3.0 Diperkenalkan Kepada Pengguna Beta Zone

16 Komen

  1. FD pada 22 Mar 2011

    first !! haha, misi utk nyedotz dan pasang kat ubuntu… repo takder lagi ni kot, tunggu esok bru ader barangkali

  2. MuJE pada 22 Mar 2011

    dah download! terkujat dengan interface baru FF4. :D

  3. Finalcross pada 22 Mar 2011

    FF4 mmg menarik,pantas & mudah. Tetap menjadi pilihan aku.

    • kikoz pada 23 Mar 2011

      setuju…memang ringan..masa startup jg lebih pantas..jauh beza dgn ff3..interface sgt cute…fungsi addon jg sgt menarik..

  4. vviisshhnnuu pada 23 Mar 2011

    memang pantas sekarang….

  5. dAn pada 23 Mar 2011

    mmg besh firefox 4 nih..tp nape idm x compitible ek..ade cara x nk integrate idm ngan firefox baru nih..

    • Taufik Mansor pada 23 Mar 2011

      biasa la tu…. bila upgrade firefox mungkin ada plugin firefox yang x compatible… hanya tunggu developer plugin tu fix kan…. yang penting install update bagi plugin itu…

    • shah pada 23 Mar 2011

      ok jew.. compatible jew jie… xde masalah..

      • dAn pada 23 Mar 2011

        @shah..pakai idm addon version brape tu..nk tnya klu nk uninstall addon idm camner ek..button remoe dh disable..satu ag firefox version terbaru nih x enable dh law nk save tab kn..kene setting kat option baru dpt.

        • shah pada 23 Mar 2011

          version 5.19….

        • shah pada 23 Mar 2011

          boleh jew nk save… tekan Ctrl S

  6. kaizendeen pada 23 Mar 2011

    tak sabar nak daownload utk ubuntu ni…

  7. Mohd Isa pada 23 Mar 2011

    aku baru je upgrade, memang memuaskan. tp maklumlah, ada extensions yang tak compatible lg…kena tgu lg…:)

  8. muaz pada 23 Mar 2011

    best la firefox 4 ni. sleek abis. :0

  9. ShakRoil pada 25 Mar 2011

    pergh! memang hebat habis!


Trackbacks/Pingbacks

  1. Mozilla Melancarkan Firefox 4.0 | LinuxMalaya

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader