17Mar

MY Rights – Ketahui Hak Anda Apabila Berhadapan Dengan Polis

Perisian

Hampir terdapat pelbagai aplikasi untuk setiap perkara, dan menariknya kini Brainstorm Technologies memperkenalkan aplikasi MY Rights untuk para pengguna iOS, dimana melaluinya aplikasi tersebut mendidik rakyat Malaysia dan menerangkan hak mereka apabila berhadapan dengan PDRM.

Melalui aplikasi MY Rights, ianya menerangkan pelbagai perkara, termasuk apa yang patut lakukan apabila dihentikan, ditanya, direman ataupun ditahan oleh pegawai polis. Aplikasi tersebut turut sama berbentuk interaktif, memudahkan para pengguna menggunakannya.

Aplikasi MY Rights yang bersaiz lebih kurang 1.6MB ini boleh dimuat-turun secara percuma oleh semua pengguna secara terus melalui iTunes, dan menggunakannya pada peranti iOS mereka.


Opera Mengeluarkan Pelayar Web Opera 9.62
RockMelt Kini Boleh Digunakan Oleh Semua
GetJar Memperkenalkan Klien Khas Untuk Pengguna Android
Mozilla Memperkenalkan Butang Daftar Masuk Bersebelahan Bar URL
Kini, Pengguna BlackBerry Boleh Memuat-Turun Aplikasi Kik

12 Komen

  1. hairulnizam pada 17 Mar 2011

    mesti tensen pak polisi bila tgh mengajukan soalan bleh plak layan iphone depan dia…hangin dia nanti…hehe

  2. SJ pada 17 Mar 2011

    utk java xde ke? bkan sume org pkai ios

  3. Jebat Malaya pada 17 Mar 2011

    good police, bad police….

  4. razif pada 17 Mar 2011

    bagus! boleh mengelakkan penyalahgunaan kuasa…

  5. suhaizat pada 17 Mar 2011

    nti polis tu mesti tanya…encik tengok apa kt hp tu?

  6. steady eddie pada 17 Mar 2011

    polis pulak yang kene soal siasat nanti…ahahaha

  7. ahmadhaikal pada 17 Mar 2011

    haha, terbaiklah..memang best kenakan encik polis lepas ni..

  8. rasid pada 17 Mar 2011

    kalau kene tangkap romen pe cer?

  9. mancai pada 17 Mar 2011

    bagus untuk pengetahuan menyeluruh… tidaklah salah kuasa berlaku…

  10. ekspresiruang pada 17 Mar 2011

    sangat2 menyokong kewujudan application camni!

  11. Anarm pada 20 Mar 2011

    abis laa pak polisi pasni.. semua rakyat dah tau hak masing2.. diorang dah takleh amik kesempatan..

  12. ShakRoil pada 21 Mar 2011

    bagus tahu benda ini.. untuk menentang salah guna kuasa polis…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader