Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingatkah lagi anda dengan My1OS? Kini ianya dilihat yang mana sistem operasi tersebut akan mengguna-pakai nama FiMOS kelak, dan mungkin akan dilancarkan kepada umum pada hari ini. Pada masa yang sama, kini laman utama mereka turut menggunakan domain FiMOS.my buat masa sekarang ini.
Ianya tidak diketahui mengapakah berlakunya perubahan penjenamaan, namun disebalik nama ini, pembangunnya meletakkan maklumat tambahan, iaitu “For Malaysian, By Malaysian” (Dari Rakyat Malaysia Kepada Rakyat Malaysia).

Antaramuka FiMOS
Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui lagi bilakah FiMOS akan dilancarkan kepada umum. Namun dengan penjenamaan semula ini, sistem operasi berasaskan Ubuntu ini akan dilancarkan hari ini (8 Mac). Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenainya.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nama baru ni lebih comel.
cik fimos seri comel.
aku terperasan lepas ada notification kat facebook yang group name ditukar..
nama yg bebas dari unsur politik penting dalam sesuatu produk..logo 1 malaysia juga wajar di padam, kerana ia adalah unsur politik individu tertentu..anda telah mencipta satu produk yg baik, namun ia cacat kerana menyelitkan unsur2 politik..tak semua rakyat malaysia berkain biru..ini yg patut anda fikirkan
jenama kan penting untuk sesuatu produk…bagus tindakan mereka tu.
hopefully all of their work will be success..
Sebenarnya OSDC.my aka mengadakan perjumpaan distro linux malaysia bulan ini, saya harap dapat jumpa wakil dari projek ini la. supaya boleh tanya sebab guna nama ini
Tapi ni berbayar. Linux distro aku suka yang free. Kubuntu @ Ubuntu pun dah OK bagi aku.
kalau tak silap, yang berbayar tu support. OS free. tapi ok la tu, malaysia bukan macam U.S. kat sini nk running benda2 macam ni kene keluar modal..
Assalamualaikum,
Mohon kerjasama pihak tuan untuk menambah-baik gambar terbaru distro kami di laman sesawang Facebook kami. Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan.