17Mar

Opera 11.10 Barracuda Versi Beta Sedia Diuji

Perisian

Seperti yang dinantikan, hari ini pihak Opera Software telah pun melancarkan beta pertama untuk pelayar web Opera 11.10 mereka dengan nama kod “Barracuda”. Melalui pelayar web Barracuda ini, Opera membawakan pengalaman pelayaran yang lebih pantas, selain turut sama memperkenalkan beberapa perkara yang baru padanya.

Salah satu perkara baru adalah fungsi Speed Dial yang lebih versatail daripada sebelumnya, memudahkan anda untuk mengakses laman-laman kegemaran anda dengan lebih pantas. Kini, angka Speed Dial juga adalah tidak terhad, dan membolehkan anda mengubah-suai mengikut citarasa anda.

Selain daripada itu, Opera 11.10 Barracuda Beta ini juga membolehkan anda memuat-turun dan memasang plug-in secara automatik disebalik-tabir, sekaligus tidak menganggu aktiviti pelayaran web anda. Pada masa yang sama, ianya turut sama membawakan sokongan kepada Web Open Font Format, dan juga protokol imej WebP, selain sokongan CSS3 yang ditambah baik lagi.

Para pengguna Windows, Mac dan Linux boleh memuat-turun pelayar web Opera 11.10 Barracuda beta dan mencuba pelbagai perkara baru yang dibawakan oleh Opera.


Mozilla Membawakan Identiti Dalam Pelayar Web
Google Chrome 3 Di Lepaskan Secara Rasmi
Valve Memperkenalkan Aplikasi Steam Mobile Untuk Android Dan iOS
Pembangunan Untuk Firefox 8 Metro Telah Pun Dimulakan
Aplikasi Wazapp Untuk MeeGo Bakal Dilancarkan Pada 1 Mei

3 Komen

  1. amirrulhanifah pada 17 Mar 2011

    macam firefox 4 rc je.??

  2. mancai pada 17 Mar 2011

    rasanya firefox 4 ikut ciri2 opera ni… ntahla.. menarik untuk di cuba ni

  3. amirrulhanifah pada 17 Mar 2011

    hahhahaa… ape-ape pun, diorang ikut Google Chrome.. hik3


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader