Cari @ Amanz

Seperti pembangun-pembangun lain, Opera Software turut sama aktif membangunkan pelayar web mereka, dimana kini secara rasminya mereka telah membuat pengumuman pada blog mereka, memperkatakan yang mana Opera 11.10 Beta dengan nama kod Barracuda bakal dilancarkan esok.

Buat masa ini, ianya diketahui yang mana Opera 11.10 membawakan kepantasan yang lebih laju berbanding sebelumnya, serta beberapa sokongan baru, termasuk sokongan WebP. Opera 11.10 turut sama membawakan sedikit perubahan pada antaramuka.

Pelbagai fungsi baru yang dibawakan dijangka akan diumumkan esok oleh Opera Software bersama-sama dengan pelancaran versi beta pertama pelayar web mereka. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd