02Mar

Rekod Perubatan Diakses Melalui Atas Talian Menjelang 2015

Lain-lain

Mungkin masa menunggu yang lama berlaku sekarang pada hospital dan klinik kerajaan dapat diatasi tidak lama lagi apabila kini kerajaan menjangakakan untuk menggunakan rekod perubatan yang boleh diakses secara dalam talian menjelang tahun 2015 kelak.

Ianya buat masa ini disasarkan untuk lebih 20 buah hospital tempatan akan mula menggunakan pangkalan data elektronik, yang mana akan membolehkan rekod perubatan seseorang pesakit itu diakses dengan pantas, walaupun pesakit tersebut daripada hospital dan klinik yang lain, sekaligus menyeragamkan rekod perubatan pesakit tersebut.

Buat masa ini, hospital di Serdang dan Putrajaya telah menggunakan pangkalan data elektronik, dan Hospital Besar Kuala Lumpur kini dalam proses mengubah pangkalan data mereka kepada elektronik. Pada masa yang sama, setelah lebih 20 hospital menggunakan pangkalan data elektronik untuk rekod perubatan, kerajaan akan menyediakan sebuah rangkaian atas talian yang membolehkan hospital-hospital lain berhubung dengan pangkalan data pesakit dengan mudah.

Kos sebenar untuk program ini tidak diketahui, namun ianya diperkatakan yang mana kerajaan menyediakan lebih kurang RM5 juta setiap tahun untuk mengubah rekod perubatan kepada digital di Hospital Kuala Lumpur sahaja.

Via : News Straits Times


Aplikasi Amanz Untuk Symbian Sedia Dimuat-Turun
Dua Syarikat Tempatan Mara Ke Echelon 2011
Dell Malaysia Bakal Menjenamakan Semula Halaman Facebook Mereka
Domain LivingSocial.com.my Didaftarkan - Adakah Penjenamaan Semula Everyday.com.my Akan Berlaku?
1337 - Aktiviti Pembangunan Dan Godam Atas Bas Bakal Diadakan Hujung Minggu Ini

2 Komen

  1. Zezebel pada 02 Mar 2011

    Harap-harapnya, komplen pasal perkhidmatan yang lambat di hospital berkurang lah selepas ini…

  2. kazuki pada 03 Mar 2011

    hehe, akan lebih jimat bila sistem operasi dan server hospital disergamkan dengan mengunakan sumber terbuka berbanding microsoft…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader