10Mar

RockMelt Kini Boleh Digunakan Oleh Semua

Perisian

Setelah melancarkan RockMelt versi beta tertutup pada bulan November yang lepas, kini RockMelt versi penuh dilancarkan secara rasminya, membolehkan semua pengguna Windows dan Mac memuat-turunnya dan mencuba pelayar web sosial RockMelt.

RockMelt
Antaramuka Pelayar Web RockMelt Dengan Fungsi Sosial

RockMelt dibangunkan menggunakan Chromium sebagai asasnya, yang mana turut menguasai pelayar web kegemaran Google, iaitu Google Chrome. Menariknya mengenai RockMelt adalah dimana ianya menyertakan sekali pelbagai fungsi sosial yang mana anda boleh aksesnya dengan pantas terus melalui pelayar web anda tanpa perlu membuka laman-laman utamanya.

Melalui RockMelt, anda boleh mengikuti perkembangan rakan-rakan Facebook dan Twitter anda yang diperlihatkan dikiri dan kanan, selain turut mengintegrasikan RSS dan juga GMail, serta pelbagai aplikasi lain dengan mudah.

Kini, dengan pelancaran rasmi mereka, ianya akan membolehkan RockMelt bersaing dengan lebih sihat lagi dengan Flock, yang mana menawarkan perkara yang lebih kurang serupa dengannya.


Mozilla Firefox 3 Di Lancarkan
Muat-Turun Safari 4 Menjangkaui Angka 11 Juta
Lebih 10 Panggilan Serentak Melalui Skype 5.0 Beta
Chrome 11 Beta Membawakan Sokongan Input Suara Melalui HTML5
SkyDroid Bakal Membawakan Antaramuka Yang Diinspirasikan Windows 8 Ke Android

4 Komen

  1. Ali ridha pada 10 Mar 2011

    pelayar web kegemaran saya Google, iaitu Google Chrome.
    lama dah tak layan Google Chrome.

    benda kalau bagus.tak salah nak cuba.

  2. syahrilhafiz pada 11 Mar 2011

    linux tak dak ka..

  3. haru pada 12 Mar 2011

    1 lg browser yg same function cmnie adalah flock :D

  4. thenthang pada 15 Mar 2011

    aku rasa cam berat je pakai rockmelt nih….korang rasa camtuh x?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader