03Mar

Talian Maxis Beraksi Cemerlang Sepanjang Rawang-Kuala Lumpur Melalui Bas

Gajet, Telekomunikasi

Salah satu perkara yang amat menarik berkaitan dengan modem WiFi mudah-alih daripada Maxis adalah dimana ianya sesuai untuk digunakan ketika bergerak. Untuk menguji perantian dan talian Maxis, kami telah menggunakannya ketika bergerak dalam perjalanan daripada Rawang ke Kuala Lumpur.

Maxis MiFi E5832

Sepanjang perjalanan daripada Rawang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas, kami telah mendapat purata kelajuan muat-turun sekitar 0.78 Mb/s dengan muat-naik sekitar 0.18 Mb/s, dimana ianya semakin laju ketika menghampiri bandar besar, Kuala Lumpur.

Menariknya mengenai Maxis Personal WiFi Modem (E5823) adalah dimana daya tahan baterinya yang sehingga 3 jam lebih (hampir 4 jam), membolehkan internet digunakan sepanjang perjalanan pergi dan balik tanpa sebarang masalah.

Semestinya untuk perjalanan yang jauh, apabila ianya ditemani dengan iPad, jangka hayat bateri bukanlah suatu perkara yang besar. Namun begitu, untuk perjalanan jauh, mungkin para pengguna perlu menyediakan bateri tambahan untuk Maxis MiFi, memandangkan iPad boleh bertahan sehingga 10 jam, sementara MiFi hanya bertahan sehingga 4 jam sahaja.


DiGi Mengumumkan Kerjasama Bersama GetJar
RIM Memperlihatkan Prestasi Pelayar Web PlayBook
Samsung Kini Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Dunia - Menewaskan Apple
Peranti Prototaip BlackBerry 10 Mula Kelihatan
(Video) Mengapa iPad Masih Kekal Sebagai Tablet Pilihan Utama Pengguna?

6 Komen

  1. doBot pada 03 Mar 2011

    Man, kalau sim card itu ditukar kepada sim card Celcom. Adakah ia masih boleh digunakan? Saya berminat dengan device ini. Bukan pakejnya. Huhuhu

  2. Omar pada 03 Mar 2011

    rasaya, peranti tersebut mungkin tidak beraksi dengan cemerlang apabila penggunanya menggunakan perkhidmatan KTM Komuter…hehe

    test la Aman, naik komuter pulak, boleh la review,.

    • Omar pada 03 Mar 2011

      OOO…Dah ader.. pantasnye..

  3. pajill pada 09 Mar 2012

    saya dah hampir 10bulan menggunakan peranti ini. mmg sgt bagus kerana boleh kongsi kepada 5 peranti dalam satu masa. berbanding dgn usb broadband yg perlu usb port utk satu laptop sahaja.

    kelemahan: bateri yg tidak tahan lama adalah salah satu perkara paling mendukacitakan.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader