READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Tambah Nilai Akaun Yes Di Lebih 11,800 Terminal E-Pay

Diterbitkan pada March 14, 2011 oleh

Salah satu masalah yang dihadapi sehingga sekarang oleh para pengguna Yes 4G adalah kemudahan untuk membayar dan menambah-nilai untuk akaun mereka. Menariknya, untuk memudahkan perkara tersebut, kini YTL Communications dan juga e-Pay telah pun bekerjasama, membolehkan anda menambah-nilai Yes 4G anda dilebih 11,800 lokasi diseluruh negara.

Seperti sedia maklum, e-Pay terdapat dikebanyakkan 7-Eleven diseluruh negara, dan perkara ini semestinya serba-sebanyak memudahkan para pengguna Yes 4G yang ingin menambah nilai akaun mereka pada bila-bila masa, 24 jam sehari.

Sebelum ini, para pengguna Yes 4G hanya boleh membayar dan menambah nilai pada kedai Yes 4G yang terdapat dihanya beberapa lokasi utama sahaja, dan semestinya perkara ini akan memudahkan penggunanya, selain turut sama memudahkan Yes 4G untuk memperkembangkan perkhidmatan mereka diseluruh Malaysia.

Komen

Nama
Web