16Mar

Telefon Pintar Android Daripada Yes Bakal Diperkenalkan

Gajet, Telekomunikasi

Selain daripada telefon pintar Yes Buzz yang diperkenalkan baru-baru ini oleh YTL Communications, mereka juga kini dalam proses membangunkan telefon pintar berasaskan Android, yang mana turut diintegrasikan bersama-sama dengan beberapa aplikasi tambahan, dan dijangka akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

Salah satu aplikasi yang bakal dibawakan bersama-sama dengan perantian Android mereka kelak adalah kebolehan untuk membuat panggilan video kepada sehingga 3 orang pada sesuatu masa yang serentak, dan ianya dijangka akan mengambil inspirasi daripada FaceTime yang diperkenalkan oleh Apple tahun lepas.

Aplikasi tersebut yang kini dalam fasa ujian, kelak turut sama dijangka akan dilancarkan sebagai aplikasi berasingan, membolehkan semua pengguna Android dan iOS memuat-turunnya, dan berhubung antara satu sama lain dengan mudah.

Selain daripada kamera hadapan dan belakang pada perantian Android mereka, ianya juga dijangka akan membawakan skrin yang luas untuk memudahkan anda menonton video dan melayari web. Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum, namun beberapa sumber memperkatakan yang mana berkemungkinan besar kita akan dapat melihat perantian Android daripada Yes seawal bulan Jun ini.


Amazon Akan Melancarkan AppStore Untuk Android
LG Optimus 2X Dijual Pada Harga RM1899
Aplikasi Android Pada BlackBerry PlayBook Diperlihatkan
HTC Sensation Di Malaysia Bulan Hadapan?
Celcom Menawarkan Droid Razr Pada Harga Serendah RM1308

3 Komen

  1. Azam pada 16 Mar 2011

    aplikasi tu dibuat oleh YES?

  2. Daniel Y.S. Tan pada 16 Mar 2011

    Betul Azam. Banyak lagi informasi yang tersebut akan diumunkan tidak lama lagi. Layari laman ini (www.yes.my) untuk maklumat yang selanjutnya. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader