Cari @ Amanz

Terato Tech, salah satu pembangun aplikasi tempatan yang popular, kelak akan memperkenalkan aplikasi baru mereka yang berasaskan lokasi yang dinamakan sebagai Undies. Ianya masih lagi dalam pembangunan buat masa ini, dan kelak ianya akan dilancarkan untuk para pengguna iPhone dan juga Android.


Laman Undies.my Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Buat masa ini, informasi berkaitan Undies masih lagi samar-samar, dengan halaman utama mereka hanya memaparkan teks “Up-close and personal coming soon”. Satu-satunya perkara yang diketahui buat masa ini adalah Undies ini adalah salah satu aplikasi yang berasaskan lokasi, serta mungkin ianya ditujukan kepada Malaysia, dan mungkin juga tidak.

Tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui buat masa ini, namun para pengguna boleh mendaftarkan alamat emel pada halaman Undies.my untuk menerima kemaskini berkenaan dengan projek tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd