Cari @ Amanz

Mungkin semua pengguna ingin menggunakan suatu aplikasi seperti Instagram secara terus melalui pelayar web di desktop anda. Kini, anda boleh melakukannya melalui projek pembangunan baru daripada TwitPic yang dipanggil sebagai TwitPic Darkroom.

Melalui TwitPic Darkroom, ianya membolehkan para pengguna untuk menambahkan pelbagai efek yang menarik pada gambar mereka sebelum ianya dimuat-naik ke laman TwitPic. Untuk menjayakan perkara ini, TwitPic Darkroom menggunakan teknologi CamanJS yang memudahkan anda memanipulasi efek pada gambar menggunakan kanvas HTML5 dan juga JavaScript.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya para pengguna terlebih dahulu perlu menggunakan pelayar Firefox 4 ataupun Google Chrome. TwitPic Darkroom juga akan menyokong Safari 6 apabila ianya dilancarkan kelak.

Check out our new Twitpic Labs project called “Darkroom”, which lets you add fun filters to your photos http://labs.twitpic.comless than a minute ago via web

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd