08Mar

TwitPic Mula Menguji TwitPic Darkroom

Web 2.0

Mungkin semua pengguna ingin menggunakan suatu aplikasi seperti Instagram secara terus melalui pelayar web di desktop anda. Kini, anda boleh melakukannya melalui projek pembangunan baru daripada TwitPic yang dipanggil sebagai TwitPic Darkroom.

Melalui TwitPic Darkroom, ianya membolehkan para pengguna untuk menambahkan pelbagai efek yang menarik pada gambar mereka sebelum ianya dimuat-naik ke laman TwitPic. Untuk menjayakan perkara ini, TwitPic Darkroom menggunakan teknologi CamanJS yang memudahkan anda memanipulasi efek pada gambar menggunakan kanvas HTML5 dan juga JavaScript.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya para pengguna terlebih dahulu perlu menggunakan pelayar Firefox 4 ataupun Google Chrome. TwitPic Darkroom juga akan menyokong Safari 6 apabila ianya dilancarkan kelak.


Check out our new Twitpic Labs project called “Darkroom”, which lets you add fun filters to your photos http://labs.twitpic.comless than a minute ago via web


Intense Debate Memperkenalkan Penggunaan Plugin
FeedMalaya - Gabungan Aggregator Dan Facebook
S2Twit : Gateway SMS Twitter Tempatan
Aplikasi Facebook Untuk iPad Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Fleapy Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dan Beberapa Fungsi Baru

4 Komen

  1. hairulnizam pada 08 Mar 2011

    lebih mudah ler nak berkongsi gambar menarik lepas nie…bagus2

  2. aimannajmy pada 08 Mar 2011

    tak penah lagi guna twitpic ni…twitter pun jarang2 update hehe… dah lama biasa guna firefox 3.6 dan ke atas tiba2 try yg baru jd cam pelik lak interface dia..home kat kanan

  3. ahmadhaikal pada 08 Mar 2011

    lebih menarik. boleh aku cuba nih.

  4. huhu pada 10 Mar 2011

    @aimannajmy
    huhu button home tu boleh je letak ke kiri balik.. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader