READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Ubuntu 11.10 Dikenali Sebagai Oneiric Ocelot

Diterbitkan pada March 7, 2011 oleh

Dengan Ubuntu 11.04 yang akan dikeluarkan pada bulan hadapan, kini Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan perancangan dan nama untuk Ubuntu versi seterusnya, iaitu Ubuntu 11.10. Ubuntu 11.10 yang bakal dilepaskan pada 13 Oktober 2011 kelak akan dikenali sebagai Oneiric Ocelot.

Untuk Oneiric Ocelot, para pembangun Ubuntu akan lebih menumpukan perhatian kepada Unity, dimana Ubuntu 11.10 dijangka akan diperkenalkan dalam versi Unity 2D dan juga OpenGL. Pengintegrasian perkomputeran awan juga dijangka akan diberikan perhatian padanya kelak.

Selain daripada itu, pelbagai fungsi baru padanya akan mula dibincangkan pada Ubuntu Developer Summit kelak, dan pembangunannya akan dimulakan sebaik sahaja Ubuntu 11.04 dilancarkan kepada umum pada 28 April 2011 ini.

Terdapat 6 komen
  1. ubuntu ni bagus…. selamat… tapi masih banyak pengeluar hardware yang masih belum lagi release driver mereka yg serasi ngan ubuntu… hmmmm

    • Tu zaman dulu punya ceritalah, sekarang tak lagi, kalau pun ada masalah pemandu boleh rujuk di forum untuk dapatkan bantuan, tentu ramai yang sedia membantu..
      ps:/ masih menunggu ubuntu dengan gnome3 bersama gnome shell..

Komen

Nama
Web