04Mar

WordCamp Asia Di Kuala Lumpur Pada 14 Mei Ini

Lain-lain

Setelah WordCamp Malaysia yang pertama pada tahun lepas, pada tahun ini, ianya diubah nama kepada WordCamp Asia. Melalui WordCamp Asia, mereka ingin menyertakan bersama beberapa negara jiran kita dalam membincangkan secara lebih menyeluruh berkenaan dengan WordPress.

Namun begitu, ianya masih dikekalkan sebagai acara sehari, dan akan dibahagikan kepada dua trek, berbeza dengan sebelum ini yang hanya mengekalkan satu trek sahaja. Ianya diperkatakan yang mana untuk tahun ini, WordCamp Asia akan disediakan untuk menepati kehendak para pembangun WordPress, pengguna, dan juga pengguna perniagaan untuk platform tersebut.

WordCamp Asia akan membawakan tema “Kuasa Platform” dan bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 14 Mei ini. Buat masa ini masih tidak diketahui berapakah bayaran yang bakal dikenakan, ataupun adakah penyertaan akan diberikan secara percuma.


SEACEM Menganjurkan Pertandingan e-Media ASEAN
Celcom Broadband VS P1 WiMax - Pilihan Anda?
Seramai 305 Orang Telah Menghadirkan Diri Ke #TwtupRaya
Ingin Meletakkan Kenderaan? Kini Ada Aplikasi Untuknya
SwiffPay Turut Membawa Kemudahan Pembayaran Seumpama Square Ke Malaysia

2 Komen

  1. mosyar pada 04 Mar 2011

    hohoho…bila ntah aku nk join mende2 mcm ni. amanz, tshirt wordcamp aku nak satu.

  2. Aqif Azizan pada 14 Mar 2011

    Rasa mahu pergi. Terima kasih atas maklumat ini. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader