Carian
WordPress 3.2 Akan Lebih Ringan Dan Pantas
March 22, 2011 Aman

Dengan muat-turun WordPress 3.1 yang kini telah mencecah lebih 3 juta kali, kini para pembangunnya telah pun mula merancang pelbagai perkara baru yang akan dibawakan pada WordPress 3.2, dengan fokus utamanya untuk menjadikannya lebih ringan dan pantas berbanding sebelumnya.

Seperti sedia maklum, pembangun WordPress sendiri sebelum ini telah memperkatakan yang mana mereka tidak lagi akan menyokong teknologi lama pada WordPress 3.2, dimana para pengguna memerlukan PHP 5.2 dan MySQL 5 untuk menggunakannya.

WordPress 3.2 juga akan lebih memfokuskan pembangunan yang lebih pantas daripada sebelumnya, dan menepati tarikh sasaran dan bukannya seperti sebelum ini. Salah satu perubahan besar yang dijangka akan diperkenalkan adalah ruangan menulis yang lebih ringkas dan cantik berbanding sebelumnya.

Selain daripada itu, para pembangun WordPress juga akan berusaha menjadikan WordPress lebih pantas dengan mengemaskini dan menaik-taraf kod padanya. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi WordPress 3.2 masih lagi belum diketahui, dan mungkin ianya akan diumumkan tidak lama lagi.

Komen