10Mar

Tambah Baik Pemasangan WordPress Anda Dengan Jetpack

Web 2.0

Mungkin ramai antara pengguna WordPress yang memasang sendiri pada server ingin menikmati pelbagai fungsi-fungsi yang terdapat pada WP.com. Menariknya, kini anda boleh, dimana Automattic telah pun memperkenalkan sebuah plugin khas untuk membolehkan perkara tersebut.

Melalui plugin Jetpack, ianya membolehkan para pengguna WordPress yang memasangnya sendiri pada server masing-masing untuk menikmati pelbagai fungsi menarik WP.com dengan mudah. Buat masa ini, dengan memasang plugin berkenaan, anda akan dapat akses tambahan kepada statistik, hovercard (Gravatar), butang kongsi kepada Facebook dan Twitter (Sharedaddy), widget khas Twitter, Latex untuk menyertakan persamaan Matematik dan banyak lagi.

Sebagai pengenalan, Automattic membawakan 8 fungsi menarik daripada WP.com dan banyak lagi akan diperkenalkan dari masa ke semasa. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya dan memasangnya secara percuma, sekaligus menikmati pelbagai fungsi menarik pada WP.com di blog anda dengan mudah.


Twitter : Medium Penyampaian Maklumat Terpantas
Antaramuka Pembangunan Aplikasi TableFourUs Diperlihatkan
Groupon Malaysia Mencapai Sasaran Pengguna 6 Bulan Sebelum Tamat 2011
Fibox - Perkhidmatan Platform Sembang Masa-Nyata Baru Dari Syarikat Tempatan
Eksklusif : CouponHouz Dijenamakan Semula Kepada CouponXcess

4 Komen

  1. Mohd Isa pada 10 Mar 2011

    macam menarik jerk, aman. demo skit boleh?

  2. BLOG KISAH2 KELAKAR pada 10 Mar 2011

    MENARIK NIE…… ;-)

  3. Dila.13 pada 15 Mar 2011

    salam.. perkongsian yang menarik. macam-macam fungsi dalam 1 plugin. lepas ni WP developer takdelah nak pening-pening kepala nak punggah WP.org untuk cari plugin. Amanz rasa boleh ke plugin JetPack ni jadi “must-have” untuk semua blog WP, macam Akismet dan sebagainya?

    • Aman pada 15 Mar 2011

      Mungkin boleh, tetapi sekali lagi mengikut pemilik blog tersebut. Namun sekiranya anda merupakan pembangun, mungkin anda boleh memberi nilai tambahan untuk web-web yang dibangunkan anda dengan memasangnya, sekaligus menjadikan klien anda lebih tertarik.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader