28Mar

Xperia Arc Akan Berharga RM2099 – Akan Ke Maxis?

Gajet

Lanjutan daripada pengenalan Sony Ericsson Xperia Arc pada hari Sabtu yang lepas, kini ura-ura awal mula memperkatakan yang mana peranti Android 2.3 daripada Sony Ericsson itu akan dilancarkan oleh Maxis pada bulan April ini, dan akan membawakan harga jualan sekitar RM2099.

Xperia Arc
Sony Ericsson Xperia Arc [via]

Sony Ericsson Xperia Arc dijangka akan mula dijual dipasaran tempatan bermula bulan Mei ini, dan sekiranya benar ianya ke Maxis, harga peranti yang didatangkan bersama-sama pakej Maxis semestinya lebih murah, kerana sebahagiannya akan disubsidi oleh Maxis sendiri.

Namun begitu, perkara ini masih lagi ura-ura tanpa sebarang pengesahan daripada pihak Maxis, mahupun Sony Ericsson Malaysia buat masa ini. Satu-satunya perkara yang diperkatakan oleh Sony Ericsson Malaysia adalah dimana harganya akan menjadi amat kompetitif, dan akan mengejutkan pelbagai pihak.


P1 Memperkenalkan Netbook WiMAX
(Video) Telefon Pintar Digunakan Sebagai Ganti Kepada Komputer Desktop
Maxis Memperkenalkan Pelan Pra-Bayar Baru - Hotlink Bagus
Jualan Tablet Di Malaysia Melangkaui Angka 656,000 Unit Sepanjang Tahun 2011
Adakah Papan Kunci Berasaskan Projektor Bakal Memenuhi Pasaran Pada Masa Akan Datang?

9 Komen

  1. Azam pada 28 Mar 2011

    kalau betul murah..aku jual Desire HD aku.. ;-) long time SE fans

  2. kaizendeen pada 28 Mar 2011

    Amanz bila nk letak komen facebook kt sini,lebih mudah nk komen nti.. :)

    • Aman pada 28 Mar 2011

      komen Facebook takleh wat bekap kat WordPress sistem kan? Sebab tue malas. Tak dapat control penuh. :P

      • FD pada 28 Mar 2011

        kalau bro nak buat, edit sket, kasi tabbed comment section, by default set kepada wordpress default
        comment system, second tab baru yang facebook punya… rasanya sebelum amanz network
        amek alih komputer.my, owner asal dia wat tabbed la kalau tak silap… omar punya kan ??

  3. awis pada 28 Mar 2011

    design lawa. tp bootloader confirmed encrypted. sayang sekali. haha

  4. melayubuntu pada 28 Mar 2011

    pilih yang ni kalau nak tangkap gambar cantik!

  5. eddikl pada 29 Mar 2011

    Xperia arc memang terbaik, minggu depan nak satu.

  6. awis pada 29 Mar 2011

    sony unlock utk new xperia range. boleh beli phone ni. bole buat custom rom, custom kernel. yeay!
    http://blogs.sonyericsson.com/developerworld/2011/03/29/unlocking-the-boot-loader-in-the-new-xperia%E2%84%A2-smartphones/


Trackbacks/Pingbacks

  1. Critikal Update : Menyepi Seketika – Frantz Dylandy

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader