14Mar

Yahoo! Mail Beta Kini Menyokong Facebook Chat

Yahoo!

Setelah membawakan sokongan Facebook Chat pada Yahoo! Messenger 11 Beta, kini fungsi seumpamanya mula diperkenalkan pada Yahoo! Mail Beta, membolehkan para pengguna bersembang dengan rakan-rakan Facebook mereka terus daripada laman Yahoo! Mail.


Yahoo! Mail Beta Yang Baru

Nampaknya, kini Yahoo! mengintegrasikan Facebook kepada pelbagai produk daripada mereka, sekaligus menarik para pengguna lebih lama menghabiskan masa pada laman-laman mereka. Selain daripada fungsi Facebook Chat, Yahoo! Mail Beta turut sama membawakan sedikit perubahan pada antaramuka.

Yahoo! Mail Beta turut sama membawakan sebuah tab baru, dipanggil Conversation Tab, membolehkan anda mengakses arkib komunikasi IM anda yang dibuat melalui Yahoo! Mail Beta dan Yahoo! Messenger 11 Beta, serta memudahkan anda merujuk mesej-mesej lama dengan mudah melaluinya.


My Yahoo! Dengan Rekabentuk Terbaru
Ketahui Pelawat Blog Anda Di Mana Melalui YM! 9
Yahoo! Memeterai Perjanjian Bersama Zynga
Yahoo! Akan Mula Menggunakan Enjin Carian Bing
Versi Baru Yahoo! Messenger Membawakan Sokongan Tab

2 Komen

  1. SJ pada 14 Mar 2011

    dah thu dah lma dah

  2. eiman pada 14 Mar 2011

    kalau opis block FB, chat dalam yahoo mail dia block ke tak eh?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader