24Mar

Yahoo! Memperkenalkan Search Direct

Yahoo!

Hari ini, Yahoo! telah pun melancarkan produk carian baru mereka, yang mana dipanggil sebagai Search Direct. Melalui fungsi baru ini, ianya membawakan sokongan ala-ala Google Instant, dimana anda diperlihatkan dengan hasil carian sebaik sahaja anda memasukkan huruf yang pertama.

Walaubagaimanapun, Yahoo! memperkatakan yang mana mereka memperlihatkan jawapan kepada carian, dan bukannya pautan seperti mana yang diperlihatkan oleh Google. Selain daripada hasil carian biasa, anda juga boleh melihat masa dan cuaca dengan melakukan carian nama kota, serta beberapa carian lain yang diperkaya dengan info tambahan.

Selain daripada itu, ianya kelihatan Search Direct berfungsi lebih pantas, dan pada masa yang sama turut memperlihatkan hasil yang lebih relevan dengan lebih mudah lagi. Mungkinkah dengan ini, Yahoo! akan memenangi hati pengguna untuk menggunakan laman mereka kembali?


My Yahoo! Dengan Rekabentuk Terbaru
$100 Juta Untuk Pemasaran Enjin Carian Microsoft
AOL Mungkin Akan Mengambil-Alih Yahoo!?
Yahoo! Menyokong Pendaftaran Menggunakan Akaun Google dan Facebook
Yahoo! Meme Bakal Dimatikan Pada 25 Mei 2012

2 Komen

  1. Ali ridha pada 24 Mar 2011

    senang la nak main SEO Yahoo.hehe…

  2. Syafiq Zainal pada 26 Mar 2011

    x mustahil untuk yahoo kembali pikat hati pengguna semula tpi mereka perlu lebih agresif dan mereka kena ada “KONSEP” tersendiri dalam kesemua produk mereka. Cthnya Google mereka ada konsep SUPER MINIMALIST dalam semua produknya dan Facebook dgn konsep “GEEK” nya.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader