23Apr

Adakah iPhone 5 Akan Menyerupai iPod Touch?

Apple

Setelah pelbagai ura-ura kedengaran berkaitan dengan iPhone generasi akan datang, kini timbul ura-ura baru daripada bekas editor Engadget, Joshua Topolsky. Melalui ura-ura baru, ianya diperlihatkan yang mana iPhone 5 kelak akan membawakan rekabentuk sedikit menyerupai iPod Touch, dengan bucu-bucu yang lebih bulat.

Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana iPhone 5 mungkin akan dilancarkan sekitar bulan September kelak, yang mana akan membawakan kamera sehingga 8-megapixel, dan juga cip pemprosesan baru yang lebih pantas lagi. Melalui ura-ura baru ini, ianya memperlihatkan yang mana rekabentuk iPhone kelak akan membawakan bucu yang sedikit bulat, dan ianya turut sama diperkatakan yang mana bahagian belakangnya mungkin bukan metal.

Ianya turut sama diperkatakan yang mana akan membawakan skrin seluas 3.7-inch dengan resolusi 960×640 pixel. Berkemungkinan, ianya juga diperkatakan akan membawakan fungsi NFC seperti mana diperkenalkan pada Nexus S sebelum ini.

Namun begitu, semua ini adalah sekadar ura-ura sahaja, tanpa sebarang pengesahan rasmi buat masa ini.


Twitter Dan Apple Mengumumkan Kerjasama
iPhone 4 Putih Seawal 27 Februari?
iOS Dan Mac OS X Mungkin Disatukan Seawal 2012?
Keupayaan Kamera iPhone 4S Dan Canon 5D MKII Dibandingkan
Apple Menawarkan Diskaun Untuk iPad, iPod Touch, MacBook, iMac Dan Banyak Lagi

9 Komen

  1. faiz pada 23 Apr 2011

    rasanya lebih nipis tu expected kot..apple kan suka menipiskan produk..huhu

  2. azwan pada 23 Apr 2011

    3.7 inch je? bukan 4.3 inch?

  3. core pada 23 Apr 2011

    dgr2 iphone 5 x dpt pki processor dual core

  4. Amir Said pada 23 Apr 2011

    kalau bentuk macam iPhone 4 pun ok jugak.

  5. Iskandar pada 23 Apr 2011

    Dengar cerita processor dia 4 core, camera 8.8 Mp dibuat dek Leica akan ada optical stabilizer, dan ada built in GPS dgn real-time 3D pure graphic building renderation. iPhone 5 ni dianggar setebal 2 kad kredit saja.

    Selain tu battery dia boleh tahan 17 hari, dan boleh diguna utk charge battery kereta kalau battery kereta dah habis charge. Tapi accesory untuk jumper kena beli lain.

    And then kalau pakai sebagai GPS, built in HEPA filter dia akan filter udara dalam kereta. Wow!

    :P

    • Iskandar pada 23 Apr 2011

      Jgn tak tido malam plak bila baca spec aku ni. Aku dah suruh Steve Jobs buat camtu. Malam nanti aku rasa dia reply email aku tu.

      • beliamuda pada 24 Apr 2011

        habislah, ada yang tak lena malam ni…

  6. hafidz pada 23 Apr 2011

    makin nipis pula iphone5 nih.

  7. kikoz pada 24 Apr 2011

    Apple adalh plnggan kdua trbesar dalam mmbeli kmponen SAMSUNG..chip A5 jg dhasilkn oleh SAMSUNG..chip A4 yg dgunakn iphone 4 jg adalah buatan SAMSUNG..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader