21Apr

Adakah Projek Emel 1Malaysia Akan Menggunakan Lebih Dari Satu Domain?

Web 2.0

Projek emel 1Malaysia sememangnya salah satu topik yang hangat akhir-akhir ini. Dengan pemberitahuan mengenai domain MyEmail.my semalam, ianya kini diketahui yang mana Tricubes Berhad mungkin lebih daripada 1 domain untuk perkhidmatan mereka kelak, dan semuanya menggunakan perkhidmatan Windows Live.

Perjanjian antara Tricubes Berhad dan juga Microsoft masih lagi tidak diketahui bagaimana, namun pelbagai fungsi yang diperlihatkan melalui MyEmail.my buat masa ini hanya memperlihatkan fungsi asas perkhidmatan Windows Live, dimana ianya turut didatangkan dengan storan SkyDrive sehingga 25GB, kebolehan mengubah dokumen dan sebagainya secara terus melalui pelayar web dan sebagainya. Fungsi tambahan daripada MyEmail.my masih lagi tidak diumumkan buat masa ini.


MyEmail Di Daftarkan Pada Windows Live


1MY.com.my Di Daftarkan Pada Windows Live

Pada masa yang sama, MyEmail.my juga dijangka akan menggunakan nombor kad pengenalan untuk pendaftarannya kelak. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak disahkan buat masa ini. Namun begitu, halaman mail.1my.com.my adalah aktif dan boleh dilayari. Berkemungkinan besar, 1my.com.my digunakan sebagai halaman ujian terlebih dahulu sebelum perkhidmatan ini diperkenalkan secara rasminya.


Halaman Pendaftaran MyEmail Melalui Google Cached

Namun begitu, Tricubes juga diperkatakan akan memperkenalkan perkhidmatan pembayaran bil secara atas talian, serta portal web dan banyak perkara lagi dalam masa akan datang. Buat masa ini, Tricubes mensasarkan bulan Julai untuk melancarkan perkhidmatan emel mereka.


FriendFeed Kini Lebih Pantas
MalaysiaKini Diserang DDOS Sejak Pukul 5 Petang
MyEmail Masih Memerlukan Biometrik - Laman Tidak Siap Sepenuhnya
Lebih 14 Akaun Laman Sosial Milik Pihak KRU Digodam
Twitter Menguji Hantaran Kemaskini Ke Laman Facebook Page

7 Komen

  1. Fazlee pada 21 Apr 2011

    untungnya kita boleh guna servis Microsoft!

    • Omar pada 21 Apr 2011

      tu just standard service jer la…

  2. ekspresiruang pada 21 Apr 2011

    masih samar2 tujuan dan perlaksanaan email 1Malaysia ni. hidden agenda tu byk sgt

    • romli pada 21 Apr 2011

      dah name project satu malaysia, project Najib le.

  3. semut_gula pada 21 Apr 2011

    aku dgr cite yg email 1my ni just bleh receive je. nak send ke tak bley. cume dapat received announcement dari gomen je la.

  4. NoktahHitam pada 22 Apr 2011

    Google laa wey.. Gile tak bole blah pakai Msoft

  5. mieka pada 26 Apr 2011

    satu lagi pembaziran tlg croni…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader