30Apr

Akaun Berdaftar Di Twitter Melangkaui Angka 200 Juta

Web 2.0

Twitter hari ini mengesahkan yang mana bilangan akaun yang didaftar pada Twitter telah pun melangkaui angka 200 juta akaun. Walaubagaimanapun, hendaklah diambil perhatian yang mana sebahagian daripada akaun Twitter yang didaftarkan adalah hanya digunakan sebagai tempat mengemaskini RSS, dan juga sebagai bot.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi memperlihatkan yang mana Twitter sedang berkembang dengan sihat diseluruh dunia. Dan bertambah menarik lagi memandangkan Twitter memperkatakan yang mana lebih daripada 70% trafik ke Twitter datangnya daripada luar Amerika Syarikat, dan hampir 25% daripada Tweet hadirnya daripada Jepun sahaja.

Twitter sebelum ini telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan pada laman mereka, termasuk baru-baru ini telah memperkenalkan halaman utama yang serba baru, dan ringkas, menumpukan dengan lebih serius lagi kepada fungsi carian dan menemui rakan-rakan dengan mudah.


Facebook Bakal Menyediakan Khidmat Emel?
DrBook2U.com Bakal Dilancarkan Pada 2 Februari
Aplikasi Untuk Peminat Diskaun Dan Kupon Bakal Diperkenalkan
Facebook Memperlihatkan Iklan Syarikat Telekomunikasi Pada Halaman Log Keluar
Sebanyak 32.1% Masa Pelayaran Pengguna Malaysia Adalah Dengan Mengakses Rangkaian Sosial

3 Komen

  1. arman pada 30 Apr 2011

    amanz: akaun sy belum bertukar lagi la..adakah msia belum merasai pertukaran halaman baru ini?

    • Omar pada 01 May 2011

      em.. tlg jawabkan jap: halaman baru tu kalau tak silap masa sebelum hg login.. cuba check..

  2. Hafiz pada 30 Apr 2011

    Huhu baru je buat Twitter ritu, adakah? ku yang ke 200 juta? hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader