28Apr

Aplikasi CIMBClicks Membawakan Sokongan Augmented Reality

Apple, Gajet

Setelah memperkenalkan aplikasi CIMBClicks untuk para pengguna iPhone pada tahun 2009, kini kemaskini untuknya dilepaskan, yang mana menariknya membawakan salah satu fungsi baru, iaitu sokongan Augmented Reality (AR) pada pencarian cawangan dan lokasi ATM terdekat dengan seseorang pengguna.

Bagi yang tidak tahu, Augmented Reality memberikan para pengguna arah perjalanan dalam bentuk masa-nyata, sekaligus mempermudahkan lagi para pengguna untuk ke ATM ataupun cawangan CIMB yang terdekat dengan mereka. Perkara ini juga sekaligus menjadikan aplikasi CIMB sebagai aplikasi yang pertama di Malaysia yang menyokong fungsi Augmented Reality.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah pengguna aplikasi CIMBClicks untuk Android akan mendapat fungsi baru ini, namun untuk pengguna iPhone dan iPod, anda boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menggunakannya dengan mudah.


P1 Bakal Mengantikan Wiggy Dengan Shuttle?
iTunes 10.2 Sedia Untuk Dimuat-Turun
Mac OS X Lion Melalui Mac AppStore Pada 14 Julai?
(Video) Proses Penetapan Apple iOS 5
DiGi Bakal Menawarkan Peranti Windows Phone Daripada Nokia

2 Komen

  1. NoktahHitam pada 28 Apr 2011

    Buat technology canggih2 tapi website tetap kurang kemas. Promo kene download PDF, tak leh view terus je. Lagi satu, Credit card tak bole tgk dlm cimbclick (ke aku yg bute?)

  2. anyyzen pada 28 Apr 2011

    Native Google Docs utk Android dilancarkan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader