24Apr

Aplikasi Webcam Pada Windows 8 Diperlihatkan

Microsoft

Jikalau dulu hanya gambar-gambar sahaja kelihatan, kini satu-demi-satu video berkaitan Windows 8 mula kelihatan di YouTube. Selepas memperlihatkan skrin log masuk yang mesra skrin sentuh sebelum ini, kini video terbaru muncul, memperlihatkan antaramuka webcam yang serba baru pada Windows 8.

Aplikasi baru untuk tetapan webcam, selain menawarkan beberapa fungsi menarik melalui penggunaan webcam itu turut memaparkan antaramuka Metro yang diperlihatkan beberapa kali sebelum ini, selain turut sama digunakan pada Windows Phone dan Zune.

Menariknya melalui halaman tetapan untuk webcam tersebut, ianya membolehkan para pengguna menetapkan pelbagai perkara, termasuk sumber audio, tahap merakam audio, resolusi video, selain turut sama membolehkan para pengguna untuk menetapkan beberapa perkara lain termasuk, kadar kecerahan (brightness), fokus, zoom dan banyak lagi.

Dengan hampir kebanyakkan peranti kini membawakan kamera hadapan, dan webcam, semestinya ianya suatu fungsi yang perlu diberi perhatian, dan ianya kelihatan menarik untuk melihat turut memberikan perhatian serius untuknya melalui sistem operasi generasi akan datang itu.

Windows 8 dijangka akan menemui para pengguna sekitar bulan Januari 2013, namun ianya turut diperkatakan yang mana versi beta pertama akan dilepaskan seawal penghujung tahun ini, membolehkan para pengguna mengujinya terlebih dahulu dan memberikan maklumbalas kepada pihak Microsoft.


Tech-ED Kembali Untuk Tahun 2008
Paparan Halaman Utama Kumo.com
Microsoft dan HP Akan Memperkenalkan Courier Hari Ini?
Office Web Apps Kini Menyokong Pengguna Malaysia
Skype Untuk iPad Mula Kelihatan Di AppStore New Zealand

3 Komen

  1. baem pada 24 Apr 2011

    xde pape special.. maybe concept baru

  2. nizamghazi pada 24 Apr 2011

    lagu dia buat org pikir webcam yg mcm dah tenat ;p

  3. Omar pada 24 Apr 2011

    intergrasi login menggunakan webcam kod selepas ini, tanpa menggunakan 3rd parties sofrware mungkin?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader