22Apr

Apple Bakal Melancarkan Muzik Berasaskan Awan Sebelum Google Music

Apple

Setelah Amazon memperkenalkan perkhidmatan muzik pada awan mereka, Cloud Player, kini Apple turut sama dijangka akan melancarkannya dengan pendekatan berbeza, lebih awal daripada Google yang diura-ura akan memperkenalkan Google Music daripada dulu lagi.

Menurut beberapa laporan, ianya diperkatakan yang mana Apple akan membolehkan para pengguna menyimpan lagu pada pelayan Apple, dan mengaksesnya pada sebarang peranti yang mempunyai sambungan internet (dan mungkin juga iTunes). Ianya juga diperkatakan yang mana Apple telah pun berbincang dengan lebih daripada dua syarikat label terkemuka, dan akan cuba melesenkan muzik terlebih dahulu sebelum ianya boleh diakses oleh para pengguna.

Buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui, namun mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi.


iPad 2 Bakal Membawa Pelbagai Perkara Baru
iPhone 5 Akan Mulakan Pengeluaran Pada Julai, Jual Bermula September?
Amazon Melancarkan Mac Download Store
Lebih Satu Juta Muat-Turun OS X Lion Dalam Tempoh 24 Jam
Adakah iPhone 5 Akan Kelihatan Seperti Ini?

2 Komen

  1. doulnut pada 22 Apr 2011

    Macam kelakar pulak tajuk dia “Muzik Berasaskan Awan”

  2. beliamuda pada 24 Apr 2011

    huhu.. muzik pada awan tu. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader